Showing posts with label Niechi_Tieya "menyetory". Show all posts
Showing posts with label Niechi_Tieya "menyetory". Show all posts

Wednesday, September 14, 2022

I FEEL SOFFOCATED !!!

 ASSALAMUALAIKUM GUYS !!


Wehhhhh its been a long long long time since I publish entry. Last entry, aku rasa aku masih  bergelar student. HAHAHAHAHAH.

Well, literally aku rasa mau menulis balik since isnin hari tu. Aku rasa stress sangat and I decide to write again. And yeah,, tadaaaaaa I’m here. 

Bagi aku dewasa itu memenatkan. Yup memenatkan. Banyak benda kena fikir. Kena buat banyak timbang tara. I hate it so damn much. HAHAHAHAHAHAH penat kena pura pura kuat untuk setiap hari. 

Aku stress kerja sebenarnya. Kalau korang rasa aku lembik. Mental nda kuat. Yeah aku mengaku. Tiap hari aku bangun. Aku rasa mau berenti kerja. Rakan kerja aku best ja sebenarnya. Aku rasa HR department is not my forte. Aku nda suka kena deal dengan banyak orang. Aku jadi fedup. 

Ketika aku sedang menulis ni aku rasa macam mual, rasa macam something nda selesai macam mana aku mau cakap benda tu ah. Rasa gelisah. Aku nda tau efek caramel macchiato ka apa. 

And i think i have no one to share. Sebenarnya, aku ndatau macam mana mahu share dengan orang. Aku ndatau macam mana mau cerita apa yang aku rasa. Aku rasa kawan kawan aku sedia jak dengar apa yang aku rasa, permasalahannya sekarang is aku nda tau macam mana mau keluarkan benda ni dari kepala aku. Apa yang aku rasa saat dan ketika ini. 

Sumpah aku rasa suffocated. Aku mau nangis. Tapi masalahnya ndak boleh menangis. Air mata tu ndamau menitik.

Hubungan aku dengan family member oke ja sebenarnya. Tapi kadang kadang stress kerja tu ruined  my mood sampai kadang kadang terlepas tanpa sengaja dengan dorang. I hate when it hapen.

Thanks God I have no boyfriend. Kalau nda ini boleh membawa kepada pergaduhan dan pengabaian. Sebab aku jenis kalau stress aku suka menyendiri. Malas gila balas chat. Its not normal and its not good actually. 

Salah satu penyebab masalah ni, mungkin attitude aku jugak. Aku kena tukar attitude kerja i think. 

Semua ni aku sedar boleh merosakan kesihatan mental aku, merosakkan kesihatan fizikal aku. Terutama Jantung dan Otak. Eeeee aku terlalu cute untuk ada depression. NO!!

Aku susah untuk tidur. Kalau tertidur tu, terbangun, and  untuk tidur balik sebab terfikir pasal kerja. GOD I HATE IT !!!!!

Hahhh mood untuk menulis start hilang lagi. So aku rasa sampai sini sajalah untuk malam ni. Bila bila aku sambung lagi.

ADIOS GUYS !!

BTW lets be friends at IG: beskom_hanyut


Friday, June 09, 2017

DONE update Ramadhan

assalamualaikum

Hai awaaaaak
lama tak jumpa awaaak...

eeeee tak normal greeting aku....

heyyy hooooww gais ( ni baru normal )
BTW lama baru update .. lama tak menulis sampai lupa aku cara nak buat entry macam mana .... 
amacam RAMADHAN Korang?? Masih Layan Lagu Dispacito??bawak2lah berhenti....  atau dah beralih layan lagu2 S.JIbeng P.Ramlee, Ahmad jais Mamat M.Nasir Selamat Hari Raya.. Weii Chill Lahh baru puasa ke14 wei Qunut pun belum... malam ni baru start.. 

Tapi ada 1 malam tu aku p supermarket beli barang ... dia pasang lagu raya.. weiii koyak mental weii.. ko dah la first time jauh dari keluarga, dengar lagu raya syahdu.. tangkap syahdu pulak ramai2 kat Bataras malam tu.. hahhahahaahah 

Amacam Ramadhan korang?? ada plan reunion dengan kawan sekelas masa sekolah ke?? hahahhaah plan yang paling susah nak jadi... menggamit rasa betul lagu ahmad Jais ni tau... Turn On mood raya n nak balik aku tuuu...

sabarlah.. Aku tengah hadap final exam minggu ni.. baru lepas 2 paper.. ada 5 medan perang lagi yang perlu aku hadap sebelum berselamat hari raya di rumah bersama pamili tercinta... minggu depan paper memang pack habis.. 4 paper sekali gus... omaigad.. sabarlah Tieee hahhaahahah 

lama tak update... aku pun kekadang lupa aku ada blog ka??? hahahahah k lah aku pun x tau mau tulis apa lagi disini... aku Chiow dulu gais... have a nice Ramadhan.. 

Daaaaaaaaaaaa 

p/s : Done Sahur, Done Ifthorrr, Done segalanya... 

ADios Bologneese gais ! 


Thursday, February 16, 2017

Aku Masih Begini



aku masih begini sama seperti dulu..
masih kurus walaupun makan banyak.. thanks to daya metabolisma gua yang tinggi
masih malas macam dulu.. 
tiada yang berubah walaupun dah masuk tahun baru bulan baru.. sedar tidak sedar dah 2017
tanpa kita sedar sedang berjalan perlahan meninggalkan aku, kau, kita...
di tengah malam melayan perasaan sambil dengar lagu-lagu The Beatles, lagu2 solo Paul McCartney.. jelas paul Mc Cartney masih hensem macam dulu walaupun muka ada kedut2... aku dan lagu lama memang berpisah tiada... lepas ni lagu apa? Broery Marantika? Queen? Eric Clapton? ahh malas makin menggigit pemikiran... Ingin tidur,, otak mengantar impuls suruh pending dulu.. katanya telinga malas mahu hadap bunyi kipas syiling yang menjengkelkan eardrum.. walaupun dari tadi Paul mc cartney dari tadi ulang ayat "Let it be" ...  tadi dah lepas layan lagu2 hardcore dari Sekumpulan Orang Gila yang baru balik dari mencari Dory katanya di Pulau Sapi,Sabah.. Jelas sekali lagi kemalasan itu penghalang segalanya,, malas mau study, tidur , menaip entry.. hinggakan blog aku lama tak berupdate .. bukan sibuk sangat pun.. baru habis cuti semester..budak kelas tengah sibuk cari group utk asigment berkumpulan.... aku?? biarkannnn .... biarkannnn..... masa itu masih panjang.... tanpa ia sedar masa itu bergerak pantas meninggalkannya... seruan katil sudah berbunyi... mari berangkat beradu..... salam 16/02/17

#malasguanakeditbagibetul
gua betul betul tengah malas tahap maksimum sekarang ni...

Wednesday, January 18, 2017

Happy new year gais !!

assalamualaikum gais!!

Whoaaa gais lama gila gua tak lepak sini kan... 
perghhh setaun wehhhhh... 
nope setakat 2 bulan jak punnnn.. .
melebihhh sangatttt....
beza tahun jaaa..

Dalam pada, (pergh siap ada penanda wacana pulak) gua tak publish entry kebelakangan ini, tahun dah berganti, aku dah balik sebab cuti semester.. bahagia rasa weh dah balik kampung.. anak buah aku bertambah lagi sorang... perghh mak mak mak cik dah aku ni.. mak cik kepada 15 orang anak buah.. hahahahhahaahhaah.. 

Btw gais aku bersyukur dengan kehidupan yang aku jalani sekarang... menjadi kekasih kepada Ji Dwi Gong ehhh (mabuk ketum ka apa). happy dengan ramai anak buah aku yang buat rumah bising,, hidup tak sunyi (walaupun single ehhem!!)

So belum terlambatlah untuk aku nak wish HAPPY NEW YEAR 🎇 🎇 😎 kat engko engko engko yang menyudikan diri untuk baca entry sememeh aku ni kan...  hahakxx...

Image result for happy new year 2017

Selamat tahun baru ke 2017 kat korang semua.. moga sentiasa dalam perlindungan yang maha Esa.. Sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan dalam menempuhi hitam putih kehidupan (eh macam lagu pulakkan) 

Kalau tanya pasal azam gua untuk tahun ni, adalah memungkinkan azam aku tahun tahun tahun yang lalu tercapai.. walaupun gua tak ingat apa sebenarnya azam gua tahun lepas.. hemmm faktor umur meningkat nii.. tapi gua nak tambah 1 azam... hak hak hakahk gua nak 1 kasut Converse high cut ada kat kaki wa tahun niii !!! kah kah kah kah kah 

So have a nice year gais.. 

adios amigos bologneese  carbonara oligopoly gais 💤💤💤💤💤💤💤...... 

#baru aku tau yang buat tulisan miring2 ni lawaa... n post entry boleh letak emoji2 segala... 

💖 💗 💙 💚 💛 💜 💝 💓 💩 😁 😂 😄 💤

Tuesday, September 27, 2016

Review Buku Pelukis Jalanan By Teme Abdullah

Assalamualaikum 

hai gais What cha doing?? sihat??

Hari ni gua mau review buku untuk kamu semua.. 
Buku apa?
Baca tajuk di atas.. 
Kamu tau lah tu...

ARKITEK PELUKIS JALANAN hasil tulisan, bebelan, penceritaan TEME ABDULLAH.. best ka? 
Gua mau cakap, kamu yang tidak baca buku ni.. perghhh......... bukan rugi lah, over sangat kau jemah kalau aku nak cakap rugi sapa tak baca buku ni. Tapi terlepas sesuatu yang boleh buat korang berfikir terfikir balik tentang kehidupan korang yang ada sekarang. korang akan bersyukur dengan kehidupan yang korang jalani sekarang. Korang akan tahu ada orang yang lebih susah daripada kita sebenarnya.. 
Cover Belakang.
Cover Depan.

Buku ni sebenarnya cerita tentang bagaimana kehidupan Teme masa dia sambung degree di bumi United Kingdom a.k.a nama pemesnya UK.. aku ni pun selalu jugak p UK.. tapi Ujana Kewangan jak.. merasa jugak aku injak ( pijak ) Uk walaupun hanya Ujana Kewangan. Tepatnya Teme melanjutkan degree nya di sebuah Universiti terkemuka di London. Nama Universitinya tidak dimention pun dalam buku ni.. Ianya menjadi rahasia sama seperti Teme Abdullah jugak yang sangat suka merahsiakan siapa dia, umur berapa, Tinggal mana, muka macam mana, ni geng2 Encik mimpi lah ni.. hahahahahahah Sorry Teme.. 

Buku ni jugak cerita macam mana dia terpaksa mengikat perrut akibat daripada kekeurangan biaya.. Dia sambung belajar di UK tanpa Biasiswa. Macam mana dia berputus asa dalam pelajaran A-Levelnya hinggakan dia hanya tersedar di saat saat akhir pengajian A-levelnya. 2 bulan lagi nak final exam baru dia sedar betapa dia hanyut selama 2 ini. Kekecewaannya saat dia tidak layak mendapat biasiswa akibat daripada keputusan A-Level nya yang hanya tinggal 1 mata sahaja untuk memenuhi syarat biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Ada jugak peristiwa dimana dia dikhianati oleh rakan sekelasnya yang berwarganegara Israel. Dimana dia terpaksa melepaskan ayam gorengnya untuk diberikan kepada seorang jejaka homeless. Dimana dia terpaksa berkerja di kedai kebab untuk menampung kehidupan sehariannya. Terpaksa menumpang di bilik Ahmad. pokoknya dimana dia betul-betul susah dan hampir berputus asa. 

Dalam buku ini jugak ada menggambarkan bagaimana dia mula bangkit dari kesusahan yang dia hadapi. Ianya bermula dengan lukisan tepi sungai themes. Lukisan pertama yang menjana 15 paun sterling, dimana ianya dibeli oleh seorang bapa kepada seorang anak perempuan yang comel. Bermula dari itu, Teme mula bangkit. Dia mula melukis pemandangan sekeliling London seminggu sekali dan memuat naik lukisannya di Instagram miliknya....

Kalau korang mau tau apa jadi lepas tuu...korang belilah buku Arkitek Pelukis Jalanan karya Teme Abdullah. Tidak rugi punya yeiyyy..

Korang boleh dapatkan di kedai2 buku berdekatan.. Paling pun korang boleh dapat kat Popular, MPH, dengan harga RM 25 bagi semenanjung, Dan RM 28 bagi Sabah Sarawak. Buku ini setebal 215 muka surat berkaitan dengan Pelukis Jalanan. Terbitan Iman Publications.. NI salah 1 buku best seller kat Popular n da cetakan ketiga pun.. Cetakan pertama pada Januari 2016. Ada 1 lagi buku idaman aku, Esc oleh Budak Tomato.. Teme dengan Budak Tomato ni selalu mention2 antara 1 dengan yang lain di Twitter.. 


Quote yang Win dalam buku ni adalah:

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hiddup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku."

" Ia kekal dongeng.. Jika engkau tidak mula berjalan"

"Jika terlihat kecantikan , Ingatlah Penciptanya"

                       _TEME ABDULLAH_

Sebelum Gua baca buku ni gua memang meletakkan harapan tinggi laa dengan buku ni.. Aku tau buku ni akan dapat memikat sanubari aku, cahhh ayat u.. tapi serious.. benda ni bikin aku ketagih untuk membacanya dalam 1 malam jaa.. tanpa henti.. wa salute sama lu Teme.. berjaya buat gua WOW dengan buku ni... Tapi tengok pada komen2 positif dan kat Twitter wa percaya yang buku ni best... Sanggup turun KK tu untuk cari buku ni.. Labuan tiada Popular/MPH even Times pun x da.. kemon lah Popular bukaklah 1 cawangan kat Labuan nii... plisssss.... 

K Gais bessokk gua ada kelas jam 11 soo ciow dulu nak tidooo.... Daaaaaaa

Saturday, August 20, 2016

Goh V Shem & Tan Wee Keong Silver

Assalamualaikum Gaisss !! 

Ada yang demam ke? 

Demam apa? eh tetiba..

Weh sabarlah jangan "mengencang" ko sana.. aku belum habis type lagi ni.. Aku tanya demam Badminton Rio..  sebab aku dah seminggu ni demam badminton.. Lepas Datuk Lee main besok.. moga2 kebahlah demam aku ni.. Demam Emas konon aku ..  

When you try your best, but you don't succeed When you get what you want, but not what you need When you feel so tired, but you can't sleep Stuck in reverseWhen the tears come streaming down your face When you lose something you can't replace When you love someone, but it goes to waste Could it be worse? 
_Fix You By ColdPlay_

Yelah #GoforGold #Olimpik #Rio2016 #TeamMas ets #heshtag2 ni beterabur kat media sosial sekarang.. kena lagi time #team Mas kita tengah berjuang habis-habisan untuk memungut pingat.

Pergh tajuk kau Tieya  .. betul2 tajuk tamak SEO... kuikuikui 

Key jum pokus..


Firstly, aku nak ucapkan TAHNIAH yang teramat TAHNIAH kepada jaguh Beregu lelaki negara yang telah memenangi PERAK di Rio.. kemenangan Fuh Hai Feng dan Zhang Nan keatas mereka adalah sukar sebenarnya, apabila duo dari China itu terpaksa bermain di set penentuan iaitu 23-21.. pok aku habaq depa menang tipih jak,, tak tebai mana pun.. weh sejak bila ko pandai cakap utara ni.. ni mesti pengaruh Mat Luthfi dan Reza Dude ni.. mesti ni..




Pada set pertama Malaysia menang 21-16 keatas beregu China. Namun, pada aksi seterusnya Duo CHN yang kurang hensem sikit dari dari Duo MAS bangkit menebus kekalahan di set pertama dan peringkat kumpulan iaitu 21-11 dan 23-21. Weh kenapa ayat2 aku diatas tu bunyinya sangat "KEBERITAAN"?  entahla nakk... 

Namun apa2 pun aku bangga kat Goh V Shem dan Tan Wee Keong .. bukan senang sebenarnya nak mencapai apa yang telah dorang buat. Weh selepas 20 tahun weh baru ada kilauan perak untuk beregu lelaki. aku ulang selepas 20 tahun.. selepas gandingan Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock meraih Perak di olimpik Barcelona... weii kalau anak dara tu 20 tahun dah boleh kawin dahh. 

Sepanjang Shem dan Wee Keong main aku yang sejuk kaki.. degup jantung laju namatey !! serupa orang ambil ecstasy.. hahahha aku takut aku yang tengah nonton tu tetiba rebah gara2 permainan pukul2 bulu ni.. hahahhaha ayat macam apa... eya.. macam aku yang main ... terujanya tu lain macam sikit... kepala panas tetiba keringat.. sampai pak aku tanya "ko da kenapa?.. p tidurr..? aku balas "Chill dad let me finish this first.." hamboy beterabur "skiping London" kau.. ehm  speaking... Sori la nak akak x pandai nak speaking sangat.. tapi satu yang aku pasti dan yakin aku AYU, COMEL DAN MANJA ... sapa2 plis bagi smash dua kat admin blog ni plis...  

Goh V Shem .. 

Image result for goh v shem
Fokus nak pukul bola...

Oke ka kalau aku panggil dia V jak.. Fans V BTS jangan marah yaa.. ni V Malaysia.. 
yang aku tau V ni berumur 27 tahun sama jugak dengan si Wee Keong.. lahir pada 20 may 1989. sebenarnya nama dia Goh Wei Shem.. Then dia tukar p V Shem untuk tuah.. sebab V tu stand for Victory.. Macam sama dengan Tae Hyung (V BTS ) kan.. Lahir dan besar kat "Keyyel" start main kat BWF World Junior Championships dalam tahun 2007 dengan Ong Jian Guo dan mendapat pingat gangsa. Dan dari situlah dia main sampai dapat Perak kat Olimpik Rio 2016 nii.. 

Sumber: Galian

Tan Wee Keong
Image result for Tan wee keong
Pergh nampak hebat kau  bro!! 

Key ni aku nak panggil apa? Wee jak lah yaa.. 
Wee ni berumur 27 tahun sama dengan si V jugak. Lahir kat Bukit Gambir Johor tapi pindah kat Tawau masa umur dia 12 tahun kalau aku tak silap. Then dia membesar kat Tawau lah.. Wuii urang Tawau kau ni Geng.. mak dia ada bukak kelab badminton kat Tawau.. ni aku tengok kat Tv 3 . Lahir 21 May 1987 leawat sehari dari V.. What a kebetulan.. maigadd... Dia start partner dengan V pada tahun 2014 di sukan komenwel dan menang EMAS gais!! Pada mulanya dia berlatih untuk beregu campuran tapi pada 2007 dia ditukarkan jadi pemain beregu lelaki. Then Hasilnya? Pemenang Pingat Perak dalam acara beregu Lelaki di Olimpik Rio 2016.


kalau tak silap aku ni peringkat kumpulan.
Sebenarnya start aku tengok dorang main kat Thomas Cup aku terus kagum pertama kali aku tengok dorang main kat situ lah.. apa lagi dengan pukulan kencang si V.. kalau dia smash bulu tangkis.. bunyi dia sedap di dengar... dan Wee pandai nampak peluang.. Then terus "mata" dia bagi.. walaupun dia banyak buat mistake dari V, pukulan dia padu jugak ni... permainan dorang laju  sumpah laju.. Dorang dah pernah kalahkan Fuh Hai Feng Zhang Nan ( peringkat kumpulan )  Lee Young Dae Yoo Yeon Seong (suku akhir) dalam tournament kali ni..  



Ni semua pengaruh bapak aku lah.. Beliau kalau dah nonton Badminton.. memang 1 hari tu tempat  TV jadi tanah jajahan beliau. kau tanyaklah dia pasal pemain2 badminton .. semua dalam kepala dia..  kau tanyak sapa jurulatih negara ni  tu .. tu pun dia tau jugak.. 

Ucapan aku kat Tan Wee Keong dan Goh V Shem  kalau korang baca blog aku laaa :

Image result for double man match badminton final rio 2016 malaysia
Ni ja Gambar yang berjaya aku jumpa..

"Bro aku bangga tengok korang main sampai final olimpik.. walaupun korang menang medal silver.. bagi aku usaha korang patut dibagi Emas. sumpah bangga gila aku tengok korang main d Final olimpik (k ayat berulang).. usaha korang yang bersungguh2 tu berjaya menyentuh hati kami Malaysian.. betapa berusahanya korang nak melakar sejarah dan menghadiahkan Emas kepada team Malaysia... korang jugak telah berjaya menyatukan semangat rakyat malaysia malam ni dengan menyokong korang... " 


Di sebalik kejayaan dorang ada mereka yang berjasa.. iaitu jurulatih dorang Jaremy Gan (lelaki) dan Chin Ein Hui ( perempuan)

weh banyak panjang gila entry aku pagi2 buta ni.. ni penangan kopi masa tengok match la ni...  

k aku nak tido supaya aku boleh bersinar2 dengan gemilangnya besok.. bukan tayang muka serupa tapir sebab mengantuk..  hahakahakxx 

 K Byeeee ~~


Wednesday, August 10, 2016

Siapa Sekai No Owari ?

Assalamualaikum

Minasan kon'nichiwa ( hai semua) {lambai-lambai}

Keyy.. hari ni aku mau kongsi pasal satu Band luar negara.. Bukan kpop yaaa... tiada unsur kpop ni  Band asal dari Nihon ak.a Jepun... Muzik dorang best wehhh.. rugi tak layan... 

SEKAI NO OWARI {end of the world}

Band yang aku cakap dia atas tu adalah SEKAI NO OWARI ( End of the world ) BAND. Dorang ni terdiri daripada 4 orang jak. instrument yang terlibat adalah gitar dan piano juga beat table ka di panggil tu.. alla meja  yang selalu DJ guna untuk mainkan muzik tuu.. Dorang ni Asal daripada perut. Eh nonono Asal daripada Tokyo dan Band ni ditubuhkan dari dorang sekolah tinggi lagi dalam area 2007 la begitu lepastu dorang terjumpa dengan DJ love.. terus dorang tubuhkan Band SeOwa ni... Pada awalnya dorang merupakan Band Indie,namun setelah dorang terkenal ni dorang tukar kepada rock altrnative dan seterusnya kepada J-POP biar bergayeeeeee....

'世界の終わり (Sekai No Owari)

hawwwww... diabetissss
ni kalau x silap kat Malaysia
Untuk pengetahuan kamurang , Si Fukase dengan si Saori ni kawan dari kecik lagi.. Kalau kamurang google gambar dorang 2 .. hadoiiiii manisssss.... comal jak dorang dua tuu... sampai aku yang tengok ni.. mau sangat dorang bersanding dalam persalinan songket berbunga terong diatas pelamin dipayungi tenda biru.. Hoi kau dah kenapa???? Ehh sooorii terminum ketum sekejap..
ehhh... 

Sekai No Owari yang bermaksud End Of The World ni sebenarnya dicetuskan ( cehcehceh!! "dicetuskan") oleh Fukase iaitu vokalis dia...  Fukase cakap "setelah kita jatuh kita harus bangun. jadi gua namakan band gua Sekai No Owari untuk membentuk kekuatan yang Gua perlukan melalui muzik." macam gitulah lebih kurang maksudnya. Ni aku bagi copipastagigi nya kat korang :- 

"Once you've experienced the bottom (the negative side of your life), you have to find a way to go up (the positive side). So I named my band End of the World to create the strength [I needed] through the music."
-SATOSHI FUKASE-

Member dalam group ni ada 4 ja.. korang cek la kat bawah ni yaaa : -

1. SATOSHI FUKASE




Dialah merupakan pennyanyi bagi kumpulan ni.. lahir pada tanggal 13/10/1985 dan merupakan           bekas ketua kumpulan ni sebelum betukar kepada Nakajin. {aku rasa dia kapel dengan Saori lahh }(sayyyang.....  aku kau lupaaaa tanpa kau sedaaaar sayyangg ni terus aku rasa nak nyanyi lagu aiman tino niii)

2. SAORI FUJISAKI


Merupakan satu-satunya member perempuan dalam band ni.. merupakan pemain piano yang sangat ohhhseeeemmmm best .. korang try bukak Anti hero punya video clips..  Lahir pada 13/08/1986 dan merupakan kawan dari kecik Fukase... { aku syak dia kapel dengan Fukase lahh} dia ni stage producer bagi band ni jugak. 

3. SHINICHI NAKAJIN NAKAJIMA.



Nakajin ni merupakan Leader bagi Sekai No Owari . Dia jugak merangkap pemain Gitar dan Sound Produser bagi band ni.. Dia tak pernah x pakai topi tinggi kalau perform. 

4. DJ LOVE.


Haaa Dj love ni orang terakhir yang masuk dalam band ni.. Dia nilah paling senang dicam walau dari jarak 3 batu.. hahaha sebab apa?? sebab  dia pakai topeng Badut.. kadang2 creapy jugak aku tengokkk.. kadang2 comell.. hahakxx... dia ni lah yang jadi DJ dan pemilih muzik bagi band ni.. 

keyy.. macam mana aku boleh terjebak dengan dorang ni sampai entry ni wujud?

Aku start kenal dorang ni tahun lalu .. tejumpa kat pasar tani.. time tu aku sibuk cari laksa.. dorang pulak sibuk cari kedondong. start dari situ kitorang mula berkawan baik dan menjalinkan hubungan rapat...  hahahakxxx keyyy x lawak.. keyyy 

Sebenarnya aku start dengar n kenal muzik dorang ni tahun lalu.. masa Astro dengan baik hatinya bagi free channel hari tu pasal dorang ada menang award ntah papa tah.. amboyyy...  haaa jadi aku pun dengan jakunnya terujanya bukak lah MTV  rumah aku takda channel niii.. time tu doramng tengah promote artis artis yang nak datang untuk world stage Malaysia.... ada jason Derulo, Carly Jay Japsen si kol me mungkin tuuu... A pink nonono dann akhir sekali ada Sekai No Owari... 


Sepanjang masa promote tu,, berapa hari tu dorang pasang lah lagu2 artis yang akan datang tu kat MTV... Untuk Sekai nO Owari ni Dorang putar lagu Dragon Night.. tulah pertama kali aku kenal pasal Sekai NO Owari. aku dengar lagu tuuu sedap gilaaaa.... aku start la google kan lah pasal Sekai No Owari niii jumpa lagu2 dia yang lain... aku dengar best.. start dari situlah aku mula teruja asal dengar pasal Band ni... Tamat... 

Antara lagu2 dorang yang best sampai menggetarkan tulang2 telinga aku ni :

- Dragon Night.
- Anti hero
- RPG
- Starlight Parade
- Mr Heartache
- Snow Magic Fantasy
- Hono To Mori No Carnival.

korang search la kat youtube... Best terutama Anti hero tu... bestttt... 

huiii penat jari ketuk keyboard niii... k aku nak p Milo2 kejap... byeeeee Sayonaraaaa~~~

Sayyanggggggg aku kau lupaaaa aku kau lukaaaaa tanpa kau sedaaaaarrrrrrr sayyyanggg .. 

ehhh lupa pulak suru tangan ni berenti menaip....

k baaaaiiiiii~~~~

Tuesday, August 09, 2016

Mr Bie - Ku Jangan Dibenci | Ku Rela Dibenci 'Parodi'

Assalamualaikum ......

Hai gais..

Hari ni aku nak kongsi satu video parodi daripada Mr Bie iaitu Ku Jangan Dibenci... Yalah sapalah yang suka dibenci.. Aiman tino jak tu yang rela dibenci....hahakxx jangan marah aiman tino ..... kalau gua.. huhui mintak jauh.. paalis-palis  (mintak jauh: orang sabah mesti tau perkataan ni) . key gais. oleh kerana entry aku pasal aiman tino tu mendapat sambutan hangat daripada para peminat lagu tu..  ni aku publishkan korang 1 entry baru pasal Lagu Aiman Tino yang korang gila-gilakan sangat tu (bukan korang jak aku pun) .. sooo layannnn.... 

Mr Bie - Ku Jangan DiBenci


Sumber : Channel Mr Bie Di Youtube

Lirik Ku Jangan Dibenci oleh Mr Bie


Kau ketawa Ku menangis
Dunia tertawa Rohingya menangis
Mana dirimu saudaraku?
Penyiksaan tiada henti
Harapan yang tinggal ternanti-nanti

Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir
Membasahi di dadaku
hanya ratapan di dalam hati
Moga tercipta 'Kesudahan' Yang dinanti

Ku jangan ku dibenci olehmu
Agar ratapan ini terus terpadam
Selamanya...

*Menghitung menunggu mati
Adakah siapa yang peduli
Semoga pemergianku ini 'Hidupkan" hatimu
Tak sanggup ku begini
Ku rela dijemput ilahi
Kerana dia ku sanggup pergi
Hanya di SANA damai dan abadi

Ku ingin ku diambil oleh Mu
Agar ratapan ini terus terpadam
Selamanyaaa...

ulang*

Lagu ni asalnya nyanyian Aiman Tino seperti yang kamurang sudah sedia maklum. Weii lagu Ni Hot kot sekarang.. Tapi lagu Ku Jangan Dibenci oleh Mr Bie ni lain sangat daripada ku rela dibenci versi aiman tino. sangat kontra.. kalau KRDB pasal pesanan kekasyeh buat kekasyeh.. ini pulak ?? haaaaaaa Pesanan dari Masyarakat Rohingya kepada dunia. Sapa yang tak tahu pasal cerita masyarakat rohingya tu.....kemon weii ni masalah kemanusiaan sejagat (eh tetiba emo)... ni aku ada sertakan link blog aku yang aku tulis pasal Rohingya Klik Jak . Tapi tak banyak dan tak lah lengkap penceritaannya..

Okey kita beralih kepada MR. BIE .. B.I.E ya bukan B.E.A.N. Mr Bie Ni adalah peng "yutube" yang berasal dari Tawau.. Wuuu orang tawau ni geng.. Dekat ja dengan LD ni.. 2 jam perjalanan naik kereta. kalau jalan kaki aku belum try test cuba lagi.. Dia ni digelar raja parodi lagu2 lagu Hits.. antara lagu2 yang pernah dia parodikan adalah Terakhir dari Sufian Suhaimi, Sudah Ku Tahu Projektor Band, Apa khabar Joe Flizow ft Sona One, lagu Tan Sri Sm Salim pun dia ada buat parodi jugak.. banyak lah lagu yang dia parodikan.. Dia suka tukar lagu kepada lagu islamik sikit.. weii best lagu + suara dia. serak2 basah.. korang try test cubalah dengar.. tak rugi kuota internet korang layan lagu dari Mr Bie ni.... Instagram, Facebook, Twitter dia.. korang carik la sendiri ehh.. hahahhaah usaha tu kena ada beb.. hahahahahahaha... 

Sumber Galian

Ni aku belanja sikit gambar2 Mr Bie..

Dia tengah tengok jalan.. takut jatuh..
amboiii senyum ustaz-ustaz dia geng.. 
muka ada senyummmm ...
yang ni parodi dia yang lucu + sampai masage dia bawak..


key lah gais gua nak tidoooo... 

 K Bai ~~

Tuesday, July 19, 2016

PERUTUSAN HARI RAYA GUA YANG TERLAMBAT !!

ASSALAMUALAIKUM reader's !!!!

Bukak mp3 lagu2 selamat hari raya korang untuk more feel... (paling disarankan lagu Ahmad Jais dan P.Ramlee)


Weh korang Dikesempatan ini.. Aku Niechi Tieya yang SWEET ni... Naklah jugak Menaipkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN " untuk korang.... Manalah tau sepanjang aku menulis kat sini ada bahasa, line, perenggan aku yang korang tak suka.. yang korang baca sampai terrcebik-cebik bibir tu.. rasa lepas baca entry aku nak terjun dari katil, kerusi, meja alla tempat2 tinggi yang langsung tak boleh membunuh..  

Kita seharusnya bersyukur masih dapat beraya dengan baju raya yang berpasang2.. kuih yang berjenis2 dengan pasangan yang hensem-hensem, lawa-lawa. Cett. ada mereka yang kekurangan macam pelarian2 Rohingya, Syiria, Orang2 Palestin sana yang kita kita tau kehidupan seharian pun dah susah.. apatah lagi nak sambut raya mewah2 macam kita ni.. 

K LAH AKHIR KATA DARI AKU.. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFIRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. MAAFKANLAH SEGALA SILAP DAN SALAH YANG PERNAH AKU BUAT ATAU TERBUAT.. MOGA2 TAKDA DOSA ANTARA KITA YEHHH..  ( aku pakai Caps Lock ni bukan bererti aku marah ) menunjukkan kesungguhan aku untuk mengucapkan Selamat hari Raya kat korang walau pun terlambat.. kahkahkah dah masuk Syawal yang ke 15 punn.. bulan pun dah penuh.. terang pulak tuu.. 

Maafkan la saya yang SWEET nii.. 


Thursday, June 23, 2016

Kampung aku yang Happening !!

Assalamualaikum 

Hai Whats' up gais !! menulis malam ni ditemani lagu ColdPlay iaitu " Kuning" a.k.a Yellow..

Apa cer korang ramadan ni?? malam ni dah masuk 19 Ramadan.. sedar ndak sedar Ramadan hampir meninggalkan kita. Kena tunggu tahun depan lah lagi...semoga Allah pertemukan kita lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkahan ni.. Cuba semak apa yang kita buat sepanjang 19 hari ramadan ni? Quran dah berapa Juzuk kita baca ? Sedekah dah berapa banyak kita tabur? Ibadah2 lainnya berapa banyak kita buat?.. Allahu !! Takut tak cukup Untuk dibawak Bertemu Tuhan AZZA Wajallah.. Mudahan di malam 10 terakhir ni kita tak terus hanyut .. masih ada lagi berbaki 10 malam.. kan Rasullullah pernah cakap yang 10 malam terakhir adanya 1 malam yang dipanggil malam "LAILATULQADAR" iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.. *(betulkan bila aku salah)* 

Alhamdulillah kat luar tu hujan rintik2...

Sebenarnya aku nak kongsi pasal Warga Kampung aku yang happening gilla!! Dakda sebest dorang lah!! walaupun kampung aku ni kecik jaa.. terdiri daripada 9 buah rumah ja dalam 1 kampung tu.. warga dia taklah banyak mana. tapi aku suka dengan kampung aku ni.. Sangat22 berkerjasama dalam apa2 pun ... 

Hari tu ( Isnin bersamaan dengan 15 puasa ) Giliran kampung kami untuk bawak juadah berbuka ke masjid di kampung lagi 1, maklumlah kampung kami takda masjid. lagipun  kampung yang kami hantar juadah berbuka tu merupakan kampung yang besar, lengkap dengan masjid dan penduduknya boleh tahan rapat dengan penduduk kampung aku. Banyak lah sedara mara kat kampung tu..

So kitorang pun collect la 100 ringgit 1 rumah.. so Jumlah terkumpul adalah 900 ringgit. Dengan 900 ringgit tulah kami beli barang2 yang diperlukan untuk memasak juadah untuk dihantar ke Masjid dan untuk Orang kampung berbuka bersama-sama. 

Tapau yang akan dikirim ke Masjid
apa yang terisi dalam tapau tu..

Ada 3 rumah dalam kampung aku ni menyedekahkan Udang dan Ikan yang mereka ternak.. maka juadah utama kitorang untuk dihantar ke masjid adalah  Udang, manakala juadah berbuka untuk orang kampung ikan udang ayam sikit. Gilla banyak dowh.. 

Apa yang best sangat tu adalah, kampung kitorang ni masih mengamalkan konsep kerjasama yang sangat hebat.. masa nak buat juadah berbuka tu datanglah semua bersama2 untuk masak juadah berbuka.. dari pagi sampailah masa untuk berbuka.. semua tu dibuat dengan semangat kerjasama yang kental.. bukan ja masa2 ni, kalau ada kenduri ka apa, majlis kawin, doa selamat. semua akn turun tangan membantu antara 1 sama yang lain. tiada istilah datang bawak dompet dan cellphone untuk discroll2. Ada sesetengah kampung tu yang dah lupus semangat kerjasama antara warganya.. Haihh menyedihkan!!

Semua kerja dihabiskan dengan mudah dan cepat. 

Kat bawah ni aku sertakan gambar kitorang.. 

Udang goreng tepung 
Fuh Udang masak merah yang pergh!!!!

 
Budak2 pun teruja
Suasana sebelum Sungkai ..

# kualiti gambar tak sehebat mana sebab semua tengah sibuk nak berbuka..

~SELAMAT BERIBADAH DALAM 10 MALAM/HARI TERAKHIR RAMADAN UNTUK TAHUN INI~