assalamualaikum... hai gais... (lambai lambai)
hari ni craving nak update blog pasal resepilah pulak...
hari tu tetiba tekak ni out of blue menggedik nak makan SPAGHETTI... naik biru aku mencari bahan.... emmm propa.... hakhakhak aku masak pagai sos prego jelah... gila aku nak ikut sebijik sebijik resepi orang Itali tuuu... weiii mana mak nak cari kejuuu Jubaidahhh oiiiiiii....... tempat aku ni mahal gila pamejano cheese.... jadi korang jangan hairan kalau out of the blue aku pandai cakap Itali ekkkkk.... berkat makan Spaghetti jeeee... aku terus berubah jadi Italian....
Resepi Spaghetti Sesimple Mungkin
Feeling Italian terdetect di situ.... |
Bahan-Bahan : -
1. 200g Spaghetti
2. 1 Tin Sos Prego Tradisional.
3. 2 Batang Sosej
4. 1/2 Bawang Holland
5. 1 Keping Daging Burger ( cincang halus)
6. 2 Sudu Makan Minyak Masak
7. Sedikit air ( jangan letak banyak sangat, jangan cair sangat, biar kental2 sikit)
8. Garam dan Lada Hitam secukup rasa lidah kepunyaan korang leyee.....
Methode :
1. Rebus Spaghetti bersama garam dan minyak supaya Spaghetti tu berasa.
Minyak tu untuk elak dari Spaghetti tu melekat.
Masak dalam 12 Minit.. jangan lembut sangat yeee...
Toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali bersaiz sederhana.
Gorengkan daging tadi sehingga berubah kewarna sedikit gelap. Bukan hangus pulak yeee puan- puan.
3. Dalam Kuali yang sama, tumiskan bawang holland yang sudah dicincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan sosej. Kacau sehingga sosej tu kembang sikit.
Terus masukkan Daging tadi dan Sos prego.
4. Tambahkan sedikit air, garam dan lada hitam. kemudian Didihkan dalam 5 minit.
5. SIAP !! Dah boleh hidang bersama Spagetthi yang telah ditoskan di dalam pinggan korang yang cantik tuuu.... ^_^v
so korang bolehlaa mencubanya dengan perasaan yang berkobar2... modal tak sampai Rm 15 punn.. senang giller kan... takdak alasan korang x pandai masak sekarang niii.... kalau da ke kedai berpuluh laaah jugak duit keluar. lain dengan minyak lagi, jem lagi, ramai orang lagi... korang nak makan kontrol ayyue lagiii... kalau makan kat rumah tambah 10 kali pun boleh....
keyyy laaa Bon Apetito mia cara... Ciow ( nah kan aku da bilang, ada sikit sudah Itali tu masuk ) hemmp doa-doakanlah aku tak lupa diri lepas makan Spaghetti niii yaaaaa....
No comments:
Post a Comment