Tuesday, March 01, 2016

Novel Best..

Assalamualaikum semuanyaa…. Dihari yang indah ini, ku susun sepuluh jarii …… ehhh ?? Key,, aku akan membuat rujukan berkenaan novel…. Tetiba pulak nak cuba review buku….

Buku yang aku aku cuba untuk persembahkan kat korang adalah buku yang aku baca lebih daripada 2 kali.. maksudnya aku baca berkali2 tapi aku nak baca jugak lagi, sampai plot dia tu melekat kat kepala otak aku nii…. Dan lagi satu buat aku jatuh cinta dengan hero dia tuuu…. Cerita yang tidak membosankan, gaya bahasa yang menarik , latar yang jelas dan bla bla bla… ehh macam Dracula pullak…..

(lebih kurang macam belajar komsas masa tingkatan 1-5 lah niii )


{AWAS ENTRY PANJANG MENANTI }


Maksudnya best gilla lah tu kannn… 

Ni ada 5 buku yang aku rasa best sangat... lain orang lain citarasa kan… 
{tahap best dia tu yang num. 1  tu yang terbaik lahhh}

1. Suami Tak Ku Hadap Karya Rehan Makhtar.. 

"Namun Takdir tetap membawa kamu dekat dalam hati... "

Suami Tak Ku Hadap
Suami Tak Ku Hadap

Novel ni menceritakan tentang kesabaran Syed Ahmad Budriz untuk melembut sekeping hati milik Nur Syaima yang seperti mati dek dendam kepada Ayah sendiri.. ( fuah ayat, ayat komsas ) Budriz merupakan abang tiri kepada syaima. tetapi mereka halal berkahwin keran adik beradik tiri lain ibu dan bapa. Syaima sangat membenci Budriz pada permulaan novel ini, Sehingga Budriz nekad mengikat Syaima dengan perkahwinan untuk menghidupkan kembali hati Syaima yang telah mati dengan kasih sayang. Lama kelamaan hati syaima cair dengan limpahan kasih sayang yang diberikan Budriz dan mula menerima Budriz sebagai Suami yang dihadap. Namun, muncul pula nenda Budriz yang menginginkan agar Budriz menikahi Nurina untuk mengembalikan semula darah keturunan Syed Syarifah yang tercemar apabila Walid Budriz berkahwin dengan perempuan biasa iaitu Bonda kepada Budriz, Bonda Jalina..   Bermulalah plot air mata bagi mereka....  mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagiaan?

Budriz bagi aku seorang lelaki yang sangaaaaat hensem bagi aku... baik dari segenap aspek... agama, harta, rupa dan akhlaknya... hikhikhak sumpah aku x tipu...  korang bacalah.. 

Novel yang berharga RM 28.00 bagi semenanjung dan RM 31.00 bagi Sabah/Sarawak. Setebal 753 muka surat dan diterbitkan pada tahun 2013 oleh Karya Seni.. Rugi korang tak baca...

2. Ad + Iz Karya Eury Athena

" aku cuma berpeluang menjadi kekasihmu selama 
jam 30 minit 39 saat.. 
untuk itu izinkan aku menjadi pencintamu buat sepanjang hayatku..... "

Ad + Iz
Ad + Iz
Adrianna Mayesa yang lebih senang dipanggil Ad dikalangan kenalan rapat merupakan seorang pekerja di butik Puan Karren. Suatu insiden kejar mengejar di KLIA menukar 360 darjah cerita kehidupannya dalam masa 1 malam sahaja. Disalah ertikan sebagai tunang kepada Ceo muda syarikat terkemuka dia terpaksa manukar status "Musuh" kepada "isteri" kepada Farriel Izzumi. Siapa sangka mereka yang merupakan musuh ketika dizaman persekolahan ditakdirkan untuk menjadi Suami Isteri dimasa hadapan. Ad yang terpaksa menyara keluarga tiri yang hanya mempergunakan dirinya terpaksa akur dengan takdir yang menimpa dirinya... mampukah Iz yang pernah kehilangan cinta pertama menerima Ad sebagai isterinya. Rahsia yang bakal terbongkar akan meretakkan hubungan suami isteri yang sudah saling jatuh cinta ini. Kemunculan Marina Iriani yang ingin merampas semula haknya yang konon dirampas oleh Ad. Serta Ihsan "Playboy diraja" yang sering merayu cinta daripada Ad . Bagaimanakah kesudahan cinta AD dan IZ?

     " Ad kau tau tak?"

   " kau tak beritahu, mana aku nak tau!"

    "Dulu... masa zaman kita sekolah dulu, aku tak suka kau!"

Aku tersengih mengejek. "Tau dah. Tapi pelik la. Kenapa kau anti sangat dengan aku ek?

    "Cause you are holding my past."

    "Maksudnya?"

    "Tak payah cerita detail la. Yang pentingnya, banyak mana aku benci kau pun , aku tetap nak tengok muka kau, nak dengar suara kau.Aku macam tak boleh berjauhan daripada kau. Pelik, kan?"

     "Namakau aje pun dah memang pelik. nikan pulak perangai kau yang macam beruang panda tu!"
   
       Kepalaku diketuk.

       "sakit la!"

       " Memang la sakit. Kalau tak sakit, tu maknanya kau tu alien. Adik beradik ET!"

Aku pun tak tahu berapa kali ulang aku baca novel ni.. dengan gaya bahasa yang sempoi.. tak terlalu berat penceritaannya... dengan watak simple dan sengal AD dan watak android milik Iz mampu mengikat korang untuk membaca cerita ni 2 3 4 5 6 7 8 9 kali....

Novel terbitan Kaki Novel ini setebal 636 muka surat dan berharga 21.00 ringgit bagi semenanjung malaysia dan 24 ringgit bagi sabah sarawak. buku ini telah mencapai cetakan yang ke10 pada tahun 2011.



3. Aku Yang Kau Tinggalkan Karya Alina Haizar


"Cinta datang tanpa disedari...
Walaupun ditinggalkan, cinta tetap bersemadi di dalam hati."


Aku Yang kau Tinggalkan
Aku Yang Kau Tinggalkan
Kali ini Alina Haizar membawa novel yang berlatarkan Eropah atau lebih tepatnya lagi Turin, Itali. Nia Atirah seorang gadis yang lemah lembut berkelulusan univrsiti dan merupakan bakal seorang cikgu bahasa inggeris dipaksa berkahwin dengan Zaril IkhwanSeorang pemuda yang dahulunya merupakan seorang pemuda yang sihat, petah berkata-kata, jurutera yang mahir serta menjadi kegilaan para wanita, namun kini dia terlantar sakit akibat kemalangan dan memerlukan perhatian.Dek kerana tersepit dengan keadaan ekonomi keluarganya Nia sanggup berkorban untuk menikahi Zaril. Sepanjang tempoh menjaga Zaril Ikhwan yang sakit , tanpa dia sedar, Nia telah terjatuh cinta dengan suaminya sendiri. Namun akibat salah faham yang berlaku, Nia disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih. Nia nekad membawa hati yang renyuk ke Turin. Di sanalah dia merawat hati yang terluka selama 5 tahun sebelum satu pertemuan tanpa sengaja yang membawa pertemuan mereka. Zaril Ikhwan sengaja berpura-pura tidak mengenali Nia. Hal ini menguatkan lagi hati Nia yang Zaril Ikhwan memang tidak pernah mencintai dia. Zaril ikhwan yang terasa dirinya ditinggalkan Oleh Nia menyimpan dendam terhadap Nia. Nia terpaksa mengikut rentak permainan Zaril Ikhwan untuk melindungi rahsia yang bertahun disimpannya. Mampukah mereka bersatu kembali??

            Pelayan datang bertanyakan sama ada Zaril Ikhwan hendak minum Kapucino.

            "Yes one Cappuccino please," jawab Zaril Ikhwan penuh bersantun.


        "They have special lady for preparing cappuccino, ye?"soal Zaril Ikhwan, matannya mengikut sahaja pelayan itu yang mempunyai meja khas hanya untuk menyediakan kapucino yang dia pesan tadi .


         "Ye, di Itali, kapucino khas diminum pada waktu sarapan saja," kata Nia, yang kebetulan sedang menghirup kapucinonya.


         "Oh...iye ke?"


     "Iye, kalau abang order kapucino selain waktu breakfast, dia orang tahu, abang bukan orang tempatan."


        "Jadi Nia anggap diri Nia orang tempatanlah?" Zaril Ikhwan perli Nia.


Kenapa aku suka sangat baca Aku yang kau tinggalkan ni, saya suka membaca novel aku yang kau tinggalkan karya Alina Haizar kerana ( ayat jawab Literature) banyak pengetahuan am yang aku tau, pasal gunung Vesuvius yang meletup pada tahun 17 masihi dan menenggelamkan seluruh kota Pompeii... aku belajar cakap Itali kat sini la...  watak Zaril Ikhwan yang tidak mahu mengalah, sikap Nia yang malas untuk menerangkan permasalahan. dan aku pun malas nak bahas lagi... Best novel ni.. korang bacalah ehhh..

Aku yang kau tinggalkan diterbitkan pada tahun 2011 dan setebal 759 muka surat.. Novel terbittan Kaki Novel ini berharga Rm 25 ringgit bagi semenanjung malaysia dan Rm 28 bagi Sbh/Sawk.

4. Awak Suka Saya Tak? Karya Melur Jelita


"Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil."


Awak Suka Saya Tak?
Awak Suka Saya Tak?
Novel ni cerita pasal Hilman Yong Abdullah seorang muallaf kcukan Cina, Korea Amerika... (hwaii banyak sungguh) yang jatuh cinta sungguh-sungguh kepada Puteri Intan Zulaikha. Namun cinta Hilman pada Intan tidak melebihi cintanya Hilman kepada ALLAH SWT. Hilman yang menunggu Intan selam 10 tahun sebelum akhirnya disatukan. banyak dugaan yang terpaksa mereka tempuhi sebelum bergelar 'Kekasih Halal"..  Intan Zulaikha yang cantik, bijak, lemah lembut, takut kuda, ego dan kadang2 rasa nak kunyah2 jaa orang yang menghalang apa yang dia nak buat.. selalu bertindak ikut kepalanya sendiri.. Hilman yang tenang, sentiasa murah dengan senyuman, sabar melayan karenah manja Intan Zulaikha. Akibat satu insiden Intan kehilangan Hilman disaat mereka hanpir menjadi suami isteri. Kemunculan Damien Yong yang sexy, selebet, daring dan menggoda hampir membuatkan Intan putus nafas.  Mampukah Intan Zulaikha bersabar dengan karenah HOT Damien dan mengatasi ketakutannya kepada kuda untuk mendapatkan kembali Hilman Yongnya??

         "Siapa bapa anak Sweetheart?"
       
         "Sir..."

         "Siapa bapa anak Sweetheart?"
 
         "Sir.."

         "Cik Zulaikha, saya tanya siapa bapa anak Sweetheart, kenapa pulak awak jawab saya?"

           Aku terperanjat! Alamak! Hilman merenung aku.

         "Cik Zulaikha khayal dengan siapa? Teringatkan siapa?"

           Aku terus jadi bisu.

Melur Jelita Debut dengan novel ni laaa.. best sangat novel ni.. lucu ada, islamik ada, kalau korang nak tahu banyak benda.. korang bacalah novel nii.. korang akan tau pasal kuda, banyak huraian pasal kuda kat dalam ni.. Hilmankan Gila kuda.. Hilman yang hensemm... wei aku boleh bayangkan kehenseman Hilman tu macam manaa.. aku rasa Melur Jelita ni Layan lagu Korean Idol lahh... heeeee ngaku ngaku... betul best gilla novel ni..  keyy.  Intan pun cantikk jeeee aku baca... ada parents yang sangat penyayang..

Novel setebal 1056 muka surat ini telah diulang cetak sebanyak 7 kali pada tahun 2012. Novel keluaran karya Seni ini mendapat sambutan yang sangat Hangat dan Pedasssss daripada peminat novel tempatan. Novel ini berharga Rm 35 bagi semenanjung malaysia dan Rm 38 bagi Sabh /Sawk.

5. Bukan Tak Sudi Karya Mimi Afinie

" Kau bukan yang pertama,Namun kaulah yang terakhir"


Bukan Tak Sudi

Anis Zulaikha seorang gadis cenggeng yang baru berusia 25 tahun, belum terfikir nak ada teman lelaki , apalagi memikirkan tentang alam perkhawinan. Namun mak dia dah  kelam-kabut suruh dia mendirikan rumah tangga, siap nak terima pinangan daripada Syariff lagi. Padahal Anis sangat anti dengan orang yang bernama Syarif yang digelarkannya "Samseng kampung Dusun" dek kenakalan Syariff semasa di sekolah menengah. Maklumlah, Anis kan satu-satunya anak perempuan.. Dalam keadaan dia kelam-kabut mencari pasangan untuk "dipersembahkan" di hadapan ibunya, muncul seorang lelaki yang bernama Encik Al-Humidallah merangkap bos ditempat Anis berkerja. Namun hati Anis tarak sangkut dengan Encik Al. Berapa kali Anis menolak untuk  menjalinkan hubungan cinta dengan Encik Al, namun dia akur setelah mempertimbangkan dan desakan berterusan yang dia terima daripada emaknya. Hubungan cinta antara Anis dan Al hanya bertahan selama 7 bulan sahaja akibat daripada rahsia yang disembunyikan oleh Al. Anis nekad meletak jawatan dan menerima tawaran alongnya ( Fuad ) untuk berkerja di Addif Nursery. Omar merupakan kawan karib Along, rakan kongsi along,kembar siam along dan teman serumah along. Omar yang nakal,miang dan kuat nafsu pada pandangan Anis, hanya kerana Omar mempunyai kening yang tebal. Omar yang selalu melihatnya seperti nak menerkam dia membuatkan Anis benci dan anti sangat dengan Omar walaupun mereka duduk serumah setelah Anis dipaksa berpindah untuk tinggal serumah dengan Along dan Omar. Mereka bertiga tinggal sebumbung di rumah Omar.  Namun lama kelamaan, Anis jatuh cinta dengan Omar si Arjun Rampal. Omar yang baik, Omar yang pemurah semua yang baik2 semua dengan Omar. Setelah anis dah sayang kat Omar muncul pulak Marsha.. Siapa pulak Marsha nii?? korang teruskan bacalah yaaa... siapakah yang Anis sudi? Syafiff? Al ? atau Omar??.. bacalah korang mesti tak rugi dan rela tak tidur malam baca novel ni.. 

"Istimewa buat Anis. Ikhlas dari Omar."
  
Omar bagi aku hadiah? Semapena apa? Takkan hadiah hari jadi kutt? Hari jadi aku kan dah lepas. Nak buka ke tak nak?  Sambil dia berfikir begitu, dia melangkah ke katil dan duduk di birainya.

"Ah! Buka ajelah.. Dah memang benda ni untuk aku pun." Sebaik berkata begitu, Anis segera membuka pembalut bungkusan berwarna merah jambu itu. Tapi sebaik kotak dibuka dan melihat isi kandungannya, mata Anis jadi terbeliak. Darah terasa naik ke kepala.

"Along.." Jeritnya sekuat hati. 

"Alonggg..." Jeritnya sekali lagi.Sepontan dua helai coli yang masih mempunyai tanda harga itu dicampak ke atas  katil.

Fuad muncul  di hadapan muka pintu dengan rupa tertanya-tanya. "Ada apa, Ngah?"

"Dia memang dah melampau," marah Anis

" Siapa?" Fuad melangakah ke dalam an menghampiri adiknya.

"Siapa lagi? kembar siam along tu lah."

"Along tengoklah tu.. dia bagi apa kat angah." Anis menudingkan jari telunjuknya ke arah dua helai coli yang tergolek di atas katil.

Lucu gilla novel ni.. aku yang membaca pun gelak segelen... lagi2 kalau Anis dan Omar gaduh.. lucu habis weh.. Omar tu yang lucu.. walaupun kena maki, tolak dengan Anis senyum jaaa pandang Anis.. Anis yang gila hindustan lagi.. cenggeng.. hakhakhak... seperti biasa Mimie Afinie memang tak pernah mengecewakan... Penulis Otai lah katakan... 

Novel karya Mimie Afinie ini setebal 553 muka surat. Merupakan terbitan KarnaDya yang berharga Rm 23.90 bagi Semenanjung Malaysia, Rm 26.90 bagiSabah dan Sarawak. Diterbitkan pada tahun 2010.

hokkeh dah panjang aku meraban kat sini... entry terlalu panjag.. lama jugak benda ni terperap dalam draf.. sehingga mengahasilkan Ethanoic acid.. mabuk ai buat entry nii...

No comments: