Assalamualaikum
Hai Whats' up gais !! menulis malam ni ditemani lagu ColdPlay iaitu " Kuning" a.k.a Yellow..
Apa cer korang ramadan ni?? malam ni dah masuk 19 Ramadan.. sedar ndak sedar Ramadan hampir meninggalkan kita. Kena tunggu tahun depan lah lagi...semoga Allah pertemukan kita lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkahan ni.. Cuba semak apa yang kita buat sepanjang 19 hari ramadan ni? Quran dah berapa Juzuk kita baca ? Sedekah dah berapa banyak kita tabur? Ibadah2 lainnya berapa banyak kita buat?.. Allahu !! Takut tak cukup Untuk dibawak Bertemu Tuhan AZZA Wajallah.. Mudahan di malam 10 terakhir ni kita tak terus hanyut .. masih ada lagi berbaki 10 malam.. kan Rasullullah pernah cakap yang 10 malam terakhir adanya 1 malam yang dipanggil malam "LAILATULQADAR" iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.. *(betulkan bila aku salah)*
Alhamdulillah kat luar tu hujan rintik2...
Sebenarnya aku nak kongsi pasal Warga Kampung aku yang happening gilla!! Dakda sebest dorang lah!! walaupun kampung aku ni kecik jaa.. terdiri daripada 9 buah rumah ja dalam 1 kampung tu.. warga dia taklah banyak mana. tapi aku suka dengan kampung aku ni.. Sangat22 berkerjasama dalam apa2 pun ...
Hari tu ( Isnin bersamaan dengan 15 puasa ) Giliran kampung kami untuk bawak juadah berbuka ke masjid di kampung lagi 1, maklumlah kampung kami takda masjid. lagipun kampung yang kami hantar juadah berbuka tu merupakan kampung yang besar, lengkap dengan masjid dan penduduknya boleh tahan rapat dengan penduduk kampung aku. Banyak lah sedara mara kat kampung tu..
So kitorang pun collect la 100 ringgit 1 rumah.. so Jumlah terkumpul adalah 900 ringgit. Dengan 900 ringgit tulah kami beli barang2 yang diperlukan untuk memasak juadah untuk dihantar ke Masjid dan untuk Orang kampung berbuka bersama-sama.
Tapau yang akan dikirim ke Masjid |
apa yang terisi dalam tapau tu.. |
Ada 3 rumah dalam kampung aku ni menyedekahkan Udang dan Ikan yang mereka ternak.. maka juadah utama kitorang untuk dihantar ke masjid adalah Udang, manakala juadah berbuka untuk orang kampung ikan udang ayam sikit. Gilla banyak dowh..
Apa yang best sangat tu adalah, kampung kitorang ni masih mengamalkan konsep kerjasama yang sangat hebat.. masa nak buat juadah berbuka tu datanglah semua bersama2 untuk masak juadah berbuka.. dari pagi sampailah masa untuk berbuka.. semua tu dibuat dengan semangat kerjasama yang kental.. bukan ja masa2 ni, kalau ada kenduri ka apa, majlis kawin, doa selamat. semua akn turun tangan membantu antara 1 sama yang lain. tiada istilah datang bawak dompet dan cellphone untuk discroll2. Ada sesetengah kampung tu yang dah lupus semangat kerjasama antara warganya.. Haihh menyedihkan!!
Semua kerja dihabiskan dengan mudah dan cepat.
Kat bawah ni aku sertakan gambar kitorang..
Udang goreng tepung |
Fuh Udang masak merah yang pergh!!!! |
Budak2 pun teruja |
Suasana sebelum Sungkai .. |
# kualiti gambar tak sehebat mana sebab semua tengah sibuk nak berbuka..
No comments:
Post a Comment