Tuesday, August 09, 2016

Mr Bie - Ku Jangan Dibenci | Ku Rela Dibenci 'Parodi'

Assalamualaikum ......

Hai gais..

Hari ni aku nak kongsi satu video parodi daripada Mr Bie iaitu Ku Jangan Dibenci... Yalah sapalah yang suka dibenci.. Aiman tino jak tu yang rela dibenci....hahakxx jangan marah aiman tino ..... kalau gua.. huhui mintak jauh.. paalis-palis  (mintak jauh: orang sabah mesti tau perkataan ni) . key gais. oleh kerana entry aku pasal aiman tino tu mendapat sambutan hangat daripada para peminat lagu tu..  ni aku publishkan korang 1 entry baru pasal Lagu Aiman Tino yang korang gila-gilakan sangat tu (bukan korang jak aku pun) .. sooo layannnn.... 

Mr Bie - Ku Jangan DiBenci


Sumber : Channel Mr Bie Di Youtube

Lirik Ku Jangan Dibenci oleh Mr Bie


Kau ketawa Ku menangis
Dunia tertawa Rohingya menangis
Mana dirimu saudaraku?
Penyiksaan tiada henti
Harapan yang tinggal ternanti-nanti

Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir
Membasahi di dadaku
hanya ratapan di dalam hati
Moga tercipta 'Kesudahan' Yang dinanti

Ku jangan ku dibenci olehmu
Agar ratapan ini terus terpadam
Selamanya...

*Menghitung menunggu mati
Adakah siapa yang peduli
Semoga pemergianku ini 'Hidupkan" hatimu
Tak sanggup ku begini
Ku rela dijemput ilahi
Kerana dia ku sanggup pergi
Hanya di SANA damai dan abadi

Ku ingin ku diambil oleh Mu
Agar ratapan ini terus terpadam
Selamanyaaa...

ulang*

Lagu ni asalnya nyanyian Aiman Tino seperti yang kamurang sudah sedia maklum. Weii lagu Ni Hot kot sekarang.. Tapi lagu Ku Jangan Dibenci oleh Mr Bie ni lain sangat daripada ku rela dibenci versi aiman tino. sangat kontra.. kalau KRDB pasal pesanan kekasyeh buat kekasyeh.. ini pulak ?? haaaaaaa Pesanan dari Masyarakat Rohingya kepada dunia. Sapa yang tak tahu pasal cerita masyarakat rohingya tu.....kemon weii ni masalah kemanusiaan sejagat (eh tetiba emo)... ni aku ada sertakan link blog aku yang aku tulis pasal Rohingya Klik Jak . Tapi tak banyak dan tak lah lengkap penceritaannya..

Okey kita beralih kepada MR. BIE .. B.I.E ya bukan B.E.A.N. Mr Bie Ni adalah peng "yutube" yang berasal dari Tawau.. Wuuu orang tawau ni geng.. Dekat ja dengan LD ni.. 2 jam perjalanan naik kereta. kalau jalan kaki aku belum try test cuba lagi.. Dia ni digelar raja parodi lagu2 lagu Hits.. antara lagu2 yang pernah dia parodikan adalah Terakhir dari Sufian Suhaimi, Sudah Ku Tahu Projektor Band, Apa khabar Joe Flizow ft Sona One, lagu Tan Sri Sm Salim pun dia ada buat parodi jugak.. banyak lah lagu yang dia parodikan.. Dia suka tukar lagu kepada lagu islamik sikit.. weii best lagu + suara dia. serak2 basah.. korang try test cubalah dengar.. tak rugi kuota internet korang layan lagu dari Mr Bie ni.... Instagram, Facebook, Twitter dia.. korang carik la sendiri ehh.. hahahhaah usaha tu kena ada beb.. hahahahahahaha... 

Sumber Galian

Ni aku belanja sikit gambar2 Mr Bie..

Dia tengah tengok jalan.. takut jatuh..
amboiii senyum ustaz-ustaz dia geng.. 
muka ada senyummmm ...
yang ni parodi dia yang lucu + sampai masage dia bawak..


key lah gais gua nak tidoooo... 

 K Bai ~~

No comments: