Assalamualaikum
warahmatullah… huaaa lama gilla aku tak merepek merapu kat sini… korang rindu
kat aku tak?? ( bajet rapat kot )
Korang…
aku nak taip “SELAMAT HARI RAYA YANG
TELAH BERLALU “KAT KORANG SEMUA… Okay…
first. Aku nak mintak sory kat korang pasal aku tak sempat nak renew
blog tyme raya hari tu… tepon aku yang mahal giller ne (bajet mahal Kot tpon)
buat masalh disiplin yang tak terampunkan oleh aku… derhaka kat aku la telefon
ne… dia buat sakit software pulak tem dekat2 raya hari tu..… sah-sah melayang RM45 ringgit aku
huk alah sebab nak bagi bagus software dia…
Hah
aman dan tenang sudah ku rasakan 2/3 kerja kursus yang aku ada dah sampai pun
ketangan yang sepatutnya ( cigu2 aku) tggal 1 lagi belum tersiapkan oleh aku..
kerja kursus Bm lagi belum.. tunggu deadline nak dekat baru pulun (nothing make
people proactive than last minutes) hahahha… Cikgu-cikgu ampunkan anak murid mu
yang kurang rajin ini… nanti baru tekedek-kedek nak bagi siap benda penting
tu..
Serius
beberapa bulan semasa menyiapkan kerja kursus tu.. tekanan yang teramat amat ku
rasakan.. macam nak jerit kat tangki sekolah aku yang tinggi tu… biar pecah
konon sikit benda tak bersalah tu…
Dalam
kesempatan yang ada ni.. aku nak ucaplah jugak takziah kat kuarga dan sahabat
handai mangsa MH17 yang kena tembak hari tu.. moga sabar dengan ujian yang
menimpa. “sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji seseorang itu dengan ujian yang
tak tertanggung olehnya” bunyi ayat tu kalau salah betulkanlah.. sesungguhnya
aku ni manusia yang kekurangan ilmu pengetahuan.. kerana hanya ALLAH SWT yang
sempurna.
Okellah
kita sentuh pulak isu tentang kekejaman Zionis Laknat tu… akau betul betul
tersentuh dengan semangat yang ada pada penduduk Palestin khususnya Gaza yang
ternyata mempunyai semangat hidup yang sangat kuat. Aku berani cakap
kanak-kanak Palestin lebih matang daripada kebanyakan remaja yang ada diMalaysia
sekarang ni. Aku cakap cemtu, Kerana pengalaman
hidup yang dihadapi oleh mereka sangat mematangkan mereka. Lagi 1 aku respek
toing-toing dengan AL-Qassam dorang adalah pemuda yang sangat mencintai Jihad. Kalau
boleh aku nak jadi macam dorang jugak. Tadi aku tengok youtube… dorang ( al
Qassam ) baca Al-Quran guna torchlight sebab time tu dorang kat dalam tempat
yang macam gua. Aku terasa insaf sesangat tengok dorang tu.. lagi satu, sebagai
pelajar aku nak pijam semangat cintakan ilmu pelajar gaza yang tetap bersekolah
walaupun dibedil oleh meraka yang beridentitikan Zionis, walaupun masa tu mereka
diacukan dengan muncung-muncung senapang.. Aku berani cakap lagi.. kalau kat Malaysia
bukan takat kanak-kanak, aku yang super senior kat sekolah ni pun takut nak
kesekolah kalau dah diacukan senapang macam tu..
Salehuddin
Al-Ayubi pernah menyatakan “siapa yang menguasai Palastin pasti akan menguasai
dunia” atas dasar tersebutlah Zionis ingin menguasai palestin selain mereka
mendakwa bahawa Haykal (kuil) sulaiman terdapat ditapak masjid Al-Aqsa sekarang..
Aku
sangat mengagumi dua tokoh islam ini. Salehuddin Al Ayubi dan Muhammad Al
Fateh. Masing-masing pembebas Palastin dan penakhluk kota Konstantinople (Istanbul). Paling aku kagum adalah sultan Muhammad
Al- Fateh. Dalam usia beliau 21 tahun (ada sesetangah menyatakan 19 tahun) beliau
telah menakhluk Konstantinople daripada pihak Kristian. Pemuda 21 tahun di zaman
kita ini apa yang boleh mereka lakukan ? ada sesetengahnya masih lagi mak bapak
bagi makan!! Strategi perang beliau sangat menakjubkan iaitu mampu mambawa
kapal merentasi bukit-bukau (Kapal air perang!!) bayangkan. Ada yang
berpendapat bahawa strategi perang beliau mengatasi strategi perang Iskandar
Zulkarnain penakhluk dunia pada zaman dahulu.
Okey
aku nak story apa lagi kat korang eh?
Haaa…
final exam aku dah dekat dah ni… berdebar pun ada… akhir final exam maka
berakhirlah jugak status aku sebagai “budak Sekolah” moga selepas ini akan
bergelar “Mahasiswi” korang doa2 la untuk aku yeee…
okay aku baru renew lagi blog ni... sebenarnya perkongsian yang aku pernah letak kat atas ni... bukan hadis sahih pun.. jadi maafkan aku ek.. khilaf aku sebagai manuasia.. lupa nak check sebelum bagi masuk dalam entri ni.. terimas kat yang bagi ulasan tu.. kau menyedarkanku dari terus alpa dan leka.. kalau tidak beratlah bahu aku tanggung dosa......
Banyak
gilla aku merepak malam ni… okelah aku nak menyiapkan tugasan yang tertangguh..
takut dia merebak seperti barah.. bertambah banyak jika tidak dicegah dengan
menyiapkannya.
2 comments:
Salam nak tanya..hadis sohih ke ni tntg blan zulkaedah....and pasti ke hasil prkongsian dr ustaz kazim elias sendiri?
1st of all.. aku nak thanks katkau sebab sudi singgah kat blog gila2 aku ni... sebenarnya hadis tu tak sohih ... aku lupa nak check... thats my biggest mistake... aku baru check tadi.. maaf kat korang semua aku bagi ajaran sesat kat korang.. thanks pada yang komen ni.. kau menyedarkan aku dari terus khilaf.... terimas banyak2.. aku tekankan sekali lagi.. yang dia atas ni bukan hadis sohis.. salah aku sebab lupa nak check.. baru jual nama ustaz tu siket.. aku dah terpedaya... maafkan aku ek... korang jangan serik baca entri aku eh.. usha2 la sikit entri aku ni.. komen2...
Post a Comment