Friday, October 10, 2014

Aku, Korang dan Cinta.... ( aku jadi DR.Love)

assalamualaikum korang...

Hari ni aku nak story kat korang tentang CINTA... Apa yang dimaksudkan dengan cinta? adakah cinta itu wujud? ataupun  cinta sejati itu wujudkah di dunia yang serba mencabar akal minda dan fikiran ini dan semakin menongkah arus pembangunan yang bertuhankan wang ringgit .. atau ianya hanya wujud di dalam peminikiran sang penulis novel cinta jiwa2 lara edisi terhad...

wallaweh ayat aku kat atas tu... boleh jadi editor majalah cinta jiwa2 lara sudah...

aku nak sambung balik...

korang pernah baca poem shakespears tak yang bertajuk "To be Or Not To be" aku tertarik dengan 1 baris ayat dia yang berbunyi :-

"to be or not to be that is the question,
but love is blind and lovers can't see"

apa itu cinta?

Menurut cik wiki2 cinta itu adalah merupakan 1 ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan...

adakah cinta sejati itu wujud?

jawapannya adalah.. ya ianya ada ( macam jawab soalan ekonomi pulak) CINTA kepada ALLAH SWT dan RASULLAH SAW.. itu adalah sebenar2 cinta... cinta kepada allah dan rasul adalah yang teratas dalam hirearki cinta kita...

1. ALLAH
2. RASULLULLAH
3. IBU BAPA
4. CINTA HATI PENGARANG PUCUK UBI JANTUNG PISANG KORANG.

adakalanya cinta itu rasanya seperti gula-gula cloud 9 perisa strawberry dan adakalanya ianya rasa seperti gula-gula Hacks warna merah yang orang cakap boleh buat orang kurang batuk tu yang pedas gila2 babas adabi tu... cinta itu tidak akan selalu manis seperti gula2 pertama yang aku sebut tu.. adakalanya cinta itu diuji dia akan pedas menggigit pijar lidah kita seperti gula2 Hacks itu tadi...

namun tiada sakitnya mencinta ALLAH DAN RASUL.... tetapi sakit mencintai manusia biasa yang hanya pandai mengucapkan cinta tetapi tak mampu membuktikannya..

Dalam percintaan terdapat pro and cons dia... especially for student yang baru learn what is love about... korang boleh terbabas Dik...  korang jangan cakap boleh jaga diri sume.. apalah... aku tak akan dibodohkan cinta lah konon.. tak mahu menjadi hamba cinta lah.. what ever lah...  tapi korang pernah ambil pengajaran dari lagu mimi acan, ultramet dan akak nana rafail... yang bertajuk "jika bercintaan"   lagu tu popular masa aku form 3 tau... dalam 2010 gitulah... muda masih rupanya aku ni.. ( sweet 19 o.k)..

Bagi student yang masih bergelar " budak sekolah" tu.. takda salah dia bercinta zaman sekolah.. tapi korang kena balence la weh.. tak kemananya korang dok bercinta sakan sekali pelajaran korang tebabas masuk jurang mariana... susah nak naik...  tapi korang jadikan cinta itu penguat semangat dalam pembelajaran.. korang nak buktikan kat awek atau pakwe korang yang korang mampu jadi yang terbaik antara yang terbaik.. itu korang perlu buat.. bukan dating kat lorong2 sekolah tunggu kena sindir oleh cikgu2 yang limpas. mallu la weh...

jangan pulak sebab bercinta korang terbabas.. kerja rumah tak buat... sibuk begayut sambil pintal2 rambut  kat tilam bertelefon dengan buah hati pengarang jantung ikan paus korang...  kerja kursus, asigmen tak siap sebab kecewa pulak.. takdak semangat nak hidop la pulak pasal kena tinggal "kekasyeh" tak pa jagak kalau mukak yang tinggalkan korang tu boleh buat korang kenyang seumur hidup, tak payah berak, dan dapat pahala kalau korang berkepit terus...  the problem is tidak.. korang perlu buat sesuatu yang lain selain bercinta... "dunia takkan berakhir bila kau putuskan aku.." menyanyi pulak aku... lagu retis sebelah rumah...

#jatuh cinta sebenarnya mampu mengawet mudakan muka kita.. akibat daripada perembesan hormon dalam badan...

aku nak kategorikan cinta:

1. cinta paras rupa..
    cinta yang dasarnya mencintai keelokan rupa paras pasangannya tanpa mengambil kira keburukannya yang mungkin memudaratkan kita, keluarga kita dan ksekeliling kita.. ini yang orang cakap biar muka hensem walaupun kentut dia  pun kau cium wangi... ish2 GILLA weh!!

2. cinta matrek ( materialistik)
yang ni pulak korang cinta sangat kat duit pasangan korang.. perempuan yang begini biasanya dipanggil pisau cukur.. nama baru dia "VEET" kalau lelaki di panggil Gillate jenama crokodile... walaupun muka pecah rumah.. perangai langsuir meroyan, kentut bauk telur busuk korang tetap tengok dia baik2 saja~ tapi poket full with checing che ching... kereta audi, porche, merC, BMW dan etc.. rumah macam garaj parking kapal terbang...  korang akan tengok dialah makhluk tuhan  paling seksi di dunia... hahhahah...

3. cinta atas dasar simpati..
yang ni cinta paling sadis.. sesadis mona fendey ... bagi aku.. cinta sebelah pihak jer~..  menerima kerana kasihan dengan mereka yang merayu cinta korang tu.. tak kemana cinta macam ne.. at the one side dia akan jadi manusia tanpa perasaan kerana memang tiada cinta untuk pasangannya dihatinya.. sedey la wey cinta macam ne..

tu jak cinta yang aku boleh hurai...

cinta tak semestinya memiliki...

malam ni aku menulis macam orang yang pengalaman bercinta beratus juta tahun la.. katenye lah~ propa ganda..

sory lah bahasa ku tak seindah kata pujangga.. tak semanis gula2 paling manis.. tak selembut awan nano korang... tapi aku adalah aku.. nayanyi lagu yang rindu...

bila hati sudah sayang jangan jadi gila bayang.. pikirkan mana yang baik mana yang buruk...

CINTA YANG SESUNGGUHNYA ADALAH CINTA KITA KEPADA ALLAH DAN RASULLULLAH... !!!

"ALLAHUMMASOLLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WAALA ALIHI WASOBBIHI WASALLAM" ( RUJUK AYAT BAHASA ARAB SUPAYA LEBIH TEPAT BACAANNYA)

No comments: