Wednesday, January 14, 2015

Shot Updates !!!

Assalamualaikum.......

KoRangggggg~~ rindu giller babas kat korang lama gilla aku tak ketok2 papan kekunci aku ni tuk cerita kat korang rindu aku tak?? Ahahakxx

sekarang dah masok bulan dan tahun yang yang baharu…. So, korang nak aku wish “HAPPY NEW YEAR” hello cek kak cek abang kita sebagai umat islam tahun baharu kita dah lama.. masuk waktu tanggal 25 oktober 2014 yang lalu… jadi yang terdekat aku nak wisH “SALAM MAULIDUR RASUL”

“BERSELAWATLAH KE ATAS NABI Muhammad SAW kerana sekali kita berselawat ke atas baginda 10 kali Allah berselawat keatas kita….” ( betulkan aku kalau aku salah)

Agak lama ku tak update blog sebab lappy aku ni buat masalah, lepas tu line “tenet” aku lambat giller… naik stress aku tunggu…..  lepastu lagi aku dah start kerja kat KFC  (Kentucky Fried Chicken), so memang terbataslah masa aku nak update entry aku ni kat korang… bizi dan penat menjadi satu campuran yang tidak boleh dipisahkan…  ok?!
23 december tahun lalu kita dikejutkan dengan banjir yang melanda negara di kawasan pantai timur khususnya… banjir yang melanda kali ini merupakan banjir yang terburuk ,elanda negara kita dalam tempoh 10 tahun. Kemusnahan yang dibawa oleh bencana tersebut sangat dahsyat dan menelan beberapa korban… sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH SWT sebagai pemilik alam semesta supaya memberi kekuatan kepada mereka yang terlibat.

Dalam pada itu, tidak ketinggalan juga kehilangan dan nahas pesawat Air Asia iaitu penerbangan daripada Surabaya ke Singapore yang menelan korban ramai mangsa.. Al- Fatihah kepada Mangsa yang beragama ISLAM….

# sekarang memang peralihan angin monsoon jadiii hujan dan cuaca sejuk menjadi perkara biasa… dengar-dengar akhir Januari ni kita akan dilanda musim sejuk macam awal tahun lalu jugak… aku dengar nama dia Angin Monsun Siberia lebih sejuk dari yang dahulu….  So sedia jaket or sweater tebalz2 supaya tak sejuk sangat….


Buhbye~~ assalamualaikum~~

No comments: