Sunday, June 07, 2015

Cerpen : Girl In Luv 2

assalamualaikum korang... refer kat tajuk kat atas tu.. sesaper pernah baca cerpen Cerpen: Girl In Luv 1  mesti tau ni sambungannya yang datang terlambat. so okeyyyy enjoyy it.....

Cerpen: Girl In luv 2

Keluar sahaja aku daripada bilik guru, aku terus melangkah ke pejabat sekolah untuk menandatangan rekod kedatangan dan thumbprint.
Sejurus itu, aku terus melangkah ke Gen 2 merah kesayanganku. Segala barang yang aku pegang ku masukkan ke seat belakang.  Semasa sedang khusyuk dan tawadduknya aku tengah memasukkan barang ke dalam kereta, entah mengapa, semacam ada mata sedang memandang. Aku tengok depan.
Lorrr, puan pengetua dengan mamat Harry Potter laaa…. Aku melemparkan senyuman semanis oren sunkiss kearah puan pengetua lalu masuk ke tempat duduk pemandu.
Kepala ku letakkan kat stearing dan menghidupkan engine kereta.
“Malunya!! Diorang tenung kat aku ke? Ish,perasan pulak aku ni” . kataku sambil mengeleng2kan kepala persis sedang membuang kutu..
Sunglasses aku capai sebelum menebarkan pandangan kehadapan, aku memecut keluar dari perkarangan sekolah..
<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3
Aku  cepat-cepat melangkah kearah pintu apartement. Baru lepas dari masjid dan mengisi perut di kedai pak Majid yang terletak berdekatan dengan simpang untuk masuk ke kawasan aprtementku ni. Malaslah aku nak masak, lagipun akukan lone ranger…
“adoiii !! sapa pulak orang baru ni? Ya ALLAH kotak.. banyak Giller penuh kat depan pintu rumah aku.. macammana nak masuk ni??” mulutku berkumat kamit semacam membaca mantera sahaja….
Hish, nak jalan pun susah. Ini boleh mendatangkan marah ni !!
Aku meninjau-ninjau persekitaran yang menyakitkan mata itu, kot2 boleh tertangkap muka tuan rumah. “ tuan Rumah oooh Tuan rumah.. encik tuan Rumah, cik tuan Rumah” panggilku…
Seketika, muncul seorang pemuda bertopi coklat dan Rayband bertenggek di hidung mancungnya. Dia ni sakit mata ke hape? Tengah malam kot.. takkan berspek mata hitam? Gerutuku..
“ nak apa?” soalnya
“ Boleh tak sekiranya Encik Tuan Rumah sebelah memperkemaskan sedikt kotak-kotak Encik Tuan Rumah Sebelah yang berselerak di hadapan pintu rumah saya tu?” jawabku sambil menudingkan jari kearah kotak-kotaknya yang berselerakan. Skema tuuu ayat..
Boleh pulak dia jawab….
“ nanti-nantilah tu eh, saya yengah bizi kemas barang, buat macam halimunan la eh?” dia memohon
Dengan muka tak puas hati aku menjawab..
“ Buat-buat tak nampak? Awak tau tak saya….”  namun belum sempat ayat aku habis dia membuka spek mata hitamnya…… terlopong aku sebentar… sure lalat masuk dengan senang hati.. disangkanya gua kapur…
Tu bukan mamat harry potter a.k.a anak puan pengetua ke? Soalku sendiri
Dia yang santai ber trucker hitam putih yang diterbalikkan, t-shirt putih lambang CONVERSE  sebesar alam dan seluar trek Cheeta  berdehem sedikit untuk menyedarkan aku supaya kembali ke alam nyata. Bukan alam khayalan J.K Rowling..
Aku berdehem jugak untuk cover malu, mana tau dengan berdehem sedikit boleh terkeluar suara macam Heyley Williams “.. saya susah nak lalu. Awak tau tak kotak- awak ni mencacatkan pemandangan pintu apartment saya.. messy tau tak… serabut.. lagipun…
BUMM!!!!
Aku terkedu sendiri.. belum pun habis ayat aku dia tutup pintu apartment dia, dengan cara ganas pulak tu.. bukan dengan gaya Farish Encik Sotong.. Kurreng kau Voldemort!! Makiku.. you never will be my harry potter again !! never !! rungutku sendiri lalu masuk ke dalam apartment dengan susah payah melangkah sebesar kingkong untuk masuk.. menyusahkan!!
###########################################################################
Penghulu segala hari datang menjengah, hari ni hari jumaat. Jubah berwarna hitam ku tarik keluar dari almari pakaian. Jubah tersebut ku sarungkan ke tubuh. Pashmina hitam kulilit seperti biasa.. Karang tercekik pulak kalau aku mengada buat lilitan lain. Setelah siap melilit pashmina aku sematkan kerongsang untuk memperkemaskannya di kepalaku. Foundations ku ratakan ke seluruh muka, lip gloss sweet pink aku calitkan kebibir agar tampak segar dan sedikit eye liner untuk menyerlahkan mataku.. dah macam iklan mascara pulak….
Selesai bersiap, segala peralatan aku kesekolah aku capai dan meneruskan langkah ke pintu. Wedges krim ku sarungkan ke kaki sebagai pelengkap gaya.
“ Perghh!! Macam Arabian night pulak” ujarku sendiri.
Siap menyarung kasut, beg ku bimbit sementara buku2 ku apit ke dada. Baru “Ayyue” !! pintu apatmen aku tutup dan aku kunci.
Sebelum aku beredar, baru aku perasan kotak-kotak anak puan pengetua semakin banyak. “arghh !! apesal kotak2 ni makin banyak, beranak ke hape? Kurang asam kau Voldemort !! “ gerutuku sendiri.
Oleh sebab geram dengan pemandangan kotak diawal pagi, aku lepaskan geram kat pintu rumah Tuan punya kotak tersebut. Hihihi biar bergegar tulang ocsical kau pepagi buta ni… menyemak jee kat depan rumah orang.

Bersambung……


No comments: