Assalamualaikum semuaaa...
Hari ni aku nak tulis sikit pasal Malim gunung ..
Kenapa Malim gunung? sapa Malim Gunung tu sampai aku nak tulis pasal dia tu kat sini?
Kenapa Malim Gunung?
- Sebab aku sangat suka baca dan dengar cerita pasal Malim Gunung ni, kisah mereka sangat menyentuh hati aku.... bangga, sedih, suka, kasihan.. berbagai rasa aku rasa saat baca atau dengar pasal malim gunung ni... entah kenapa... sukar untuk aku gambarkan macam mana perasaan itu...
Allah mendatangkan bantuan kepada pendaki yang terperangkap melalui Malim Gunung Dengan Izinnya....
Mereka muncul sebagai wira selepas menyelamatkan pendaki yang terperangkap digunung kinabalu akibat daripada gempa yang berlaku. Gempa yang berlaku menggegarkan Gunung Kinabalu dan menyebabkan berlakunya runtuhan batu di Gunung tersebut. Mereka berjaya menyelesaikan misi menyelamat dengan begitu cemerlang sekali.
Terima Kasih kepada mereka yang bergelar malim gunung. |
Malim sebenarnya bermaksud Guru/ Pembimbing/Pengajar. Malim merupakan bahasa melayu lama yang masih digunakan oleh Masyarakat di Sabah ni.. Perkataan Malim Gunung di sini membawa maksud Penunjuk Arah kepada pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu.
Untuk menjadi seorang Malim Gunung seseorang itu mesti bermula sebagai Porter dahulu. Porter boleh diibaratkan sebagai pengangkat barang di gunung. Porter mestilah mampu membawa barangan pelancong sehingga 50KG dan mendaki Gunung Kinabalu tanpa menghadapi sebarang kesulitan.
Mereka hendaklah memiliki kekuatan fizikal & mental serta mempunyai latihan dalam mengetahui tentang selok belok Gunung tersebut. Biasanya Tong Gas dan bag2 pelancong menjadi barangan yang sering diangkat oleh Porter-porter gunung ni. Dorang angkat barang tu macam tiada jaa.. Upah yang mereka perolehi biasanya hanya sekitar RM 15 sekilo. Barangan tersebut dibawa daripada Timpohon gate sehingga perhentian Laban Rata.
Untuk menjadi malim Gunung mereka perlu :
- Kena tahu pasal selok belok gunung.
- Pernah bekerja sebagai Porter lebih kurang 2 tahun.
- Sampai dipuncak Kinabalu meleb
ihi 10 kali.
ihi 10 kali.
- Ada Jati Diri, Disiplin & Stamina yang hebat untuk menjadi Seorang Malim Gunung.
Kalau korang nak tau Pekerjaan Malim Gunung ni dianggap sebagai pekerjaan mulia oleh mereka.
mereka membawa pelancong mengadai nyawa demi mendapatkan sesuap nasi dan rezeki yang halal.
Untuk pengetahuan korang, Malim Gunung ni tidaklah Bergaji tinggi. mereka tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Tiada gaji Bulanan. Hanya bergantung dengan pendakian sahaja. Rajin mendaki pun Mungkin hanya mampu memperolehi sekitar RM 1000 sebulan. Dengan kejagian ini mungkin pendapatan mereka akan terjejas kerana Taman Negara Kinabalu ditutup selam 3 minggu berikutan kejadian Gempa yang berlaku.
Gambar yang mendapat perhatian masyarakat dunia. Malim Gunung Rizuan Kauhinin. |
Baru-baru ni gambar seorang Malim Gunung yang sedang mendukung seorang kanak-kanak yang tercedera mendapat perhatian dunia. Gambar itu milik Malim Gunung yang bernama Mohammad Rizuan Kauhinin yang menyelamatkan seorang kanak-kanak warga Singapura. Tindakannya menyelamatkan kanak-kanak tersebut mendapat pujian dari segenap aspek oleh dunia sehingga gambar tersebut dijadikan Inspirasi oleh pelukis.
Terbaca cerita berkenaan Malim Gunung yang terkorban semasa menjalankan tugas begitu mengigit2 tangkai hati aku ni.. Sedihhh Wehhhh...
Joseph Selungin jadikan tubuh sebagai perisai lindungi pendaki. |
Cerita pasal Joseph Selungin yang menjadikan tubuhnya sebagai perisai untuk melindungi pendaki yang dibawanya buat air mata aku ni semacam nak mengalir jaaa.. Dia menyelamatkan orang yang tidak pun mempunyai pertalian darah atau apa2 dengan dia. Dia ditemui dibawah bongkah batu sedang memeluk 2 orang pendaki yang dibawanya. Hebat !!! ketiga-tiga mereka ditemui meninggal akibat dihempap oleh bongkah batu Gunung Kinabalu. Moga Roh mereka aman disana.
Robbi Sapinggin, Malim Gunung yang terkorban ketika bertugas. |
Tidak Ketinggalan Tentang Robbi Sapinggin yang didakwa merupakan seorang penunjuk arah yang baik hati dan disenangi oleh ramai pendaki yang menggunakan khidmatny. Beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan para pendaki walaupun dia terkena runtuhan batu dan cedera di kepala. Dia menyuruh pendaki supaya meninggalkannya kerana dia takut keadaannya yang cedera bakal menyulitkan perjalanan para pendaki. Dia menghembuskan nafasnya yeng terakhir semasa menunggu bantuan akibat daripada kehilangan banyak darah.
Juga Valerian Joannes yang turut terkorban akibat kejadian yang berlaku. Mereka berdua antara Malim Gunung yang terkorban.
Macam yang korang belajar geografi, Seperti yang kita tahu Gunung Kinabalu merupakan Gunung Berapi yang tidak aktif. Namun, baru-baru ni ada sesetengah pakar menyatakan yang Gunung Kinabalu kembali aktif setelah sekian lama "tidur".. ( fakta yang sangat menakutkan). Na'uzubillahminzhalikh.... Semoga Allah Melindungi Kita yang berada di Sabah ni.
Gempa yang berlaku minggu lalu itu mengorbankan 18 mangsa, 4 daripadanya Malim Gunung. Rakyat Singgapura mencatatkan jumlah korban terbanyak. Gempa yang berukuran 5.9 berlaku pada pagi hari jumaat 05/06/15 pada jam 07:15 am waktu Malaysia.
Kemarin ( 13/06/15) berlaku lagi gegaran yang menggegarkan Gunung Kinabalu sekitar jam 2 pagi di pekan Ranau. Mereka segera berlari ke kawasan yang lapang untuk mendapatkan perlindunggan. Mereka yang berdekatan dengan Gunung juga mendakwa terdengar berlaku runtuhan batu dari arah Gunung Kinabalu.. Apa sudah Jadi dengan Gunung Cantik kebanggan Kita Warga Sabah tuu....
Keindahan Gunung tertinggi di Asia Tenggara itu memang tidak dapat disangkal lagi.. Gunung yang mempunyai 7 puncak tertinggi itu merupakan Gunung yang popular dikalangan pendaki dalam dan luar negara.
sumber: mstar, babap.net dan beberapa sumber television dan radio.
No comments:
Post a Comment