Tuesday, July 14, 2015

"Pantaskah Syurga Untukku"

Assalamualaikum korangssss....

amacam puasa korang?? ni dah masuk puasa ke 27 dah ni... harap penuh la yee bagi yang berkemampuan dan takda halangan tu...

okay lets start the topic...

Tajuk di atas macam tajuk lagu tegarkan korang…. Hihihihi ( perempuan ketawa harus ayu) aku nak pinjam jap jeee… harap halal eh Tegar.. “empok( kakak)” nak pakai kat blog dulu eh…

Koranggg… aku nak share sikit…

Dengar lagu Dadali time tengah hujan rintik-rintik hari tu buat aku sentap sangat… macam baca tweet Tarbiyyah sentap jugak… tajuk lagu tu “AKU TAK PANTAS DI SYURGA”

Ya ALLAH terlalu lama aku melupakanMu………………….

ALLAH selalu ada untuk kita saat kita memerlukan. Namun sering saja kita leka dan lupa dari ingat kepada-NYA… Lihat betapa Kacang lupakan kulit kita ni kan…. ALLAH sentiasa merindukan rintihan hamba-NYA yang selalu rindu kepada-NYA.. ALLAH tidak pernah lupa kepada hamba-NYA yang  ramai juta-juta lemon ni… tapi ALLAH itu hanya SATU sering saja kita tersasar dari meningati-NYA… kenapa??? Bersama2  kita renungkan.... Dialah yang paling dekat dengan kita sebenarnya.. kalau kita lihat dari mata kasar, mungkin orang terdekat kita adalah keluarga dan kengkawan. Tapi sebenarnya yang selalu merindui kita adalah ALLAH dan rasul-NYA . Rindunya kepada kita lebih dari rindu yang mampu manusia fikirkan.

Rasullullah S.A.W……

Bukti betapa sayangnya Baginda rasul kepada kita adalah semasa Baginda menghadapi sakaratul maut.. apa yang paling Baginda risaukan? Siapa yang  berada di ingatan Baginda?? Kita umatnya !!!!! tiada yang lebih Baginda risau selain kita umatnya..  sehingga sakit sakaratulmaut pun Baginda meminta  agar sakit tersebut hanya ditanggung oleh Baginda sendiri…. Jangan kepada umatnya…. Betapa  besarnya cinta dan sayang Baginda kepada kita…… Allahuakhbar!!!

Banyakkan berselawat kepada Baginda kerana itu sahaja hadiah terbaik yang mampu kita berikan kepada Baginda selain menyahut seruan Baginda untuk berada dijalan yang lurus……. Itulah hadiah kita kepada Murabbi, pencinta terbaik, ayah , imam, suami kekasih kita MUHAMMAD BIN ABDULLAH.

ALLAH sering ku bertanya…. Sejauh mana langkahku untuk menemuiMU… baikkah keadaanku semasa bertemuMu? Tangan apakah yang akan menyambut huluran buku amalan catitan Rakib dan Atid.. sungguh aku takut..

Banyak yang telah ALLAH berikan kepada kita, semakin kita menjauh dari meningatinya.. kufur dalam nikmat yang sementara. Buta dengan syurga dunia yang bersifat fana. Tuhan itu tidak kejam kepada kita.. tetapi tanya kita bagaimana kita kepada ALLAH??

Semoga ALLAH mengampunkan dosa mkita yang terkumpul tu.. kerana sesungguhnya ALLAH maha pengampun dosa dosa hamba-NYA…….

Ni lirik lagu Dadali " Aku Tak pantas Di Syurga" cuba korang hayati... nak mengalir air mata.,....

Sudah terlalu banyak
Dosa yang aku lakukan
Tuhan ampuni aku

Berlinang air mata
Bila ku sebut namaMu
Tuhan bergetar hatiku

Ku telah lama lupakanMu
Gelap hati, gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridhoMu
Beri aku kesempatan
Tuk menjadi yang lebih baik

Andaikan saja waktu
Dapat ku putar kembali
Aku ingin di dekatMu

Betapa pedih siksa
Yang telah Engkau janjikan
Tuhan maafkanlah aku

Ku telah lama lupakanMu
Gelap hati, gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridhoMu
Berikan kasihMu
Berikan cintaMu

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridhoMu
Berikan kasihMu
Berikan cintaMu

aku cilok kat : http://www.liriklagumuzika.com/2012/10/lirik-lagu-ku-tak-pantas-disurga-by.html

No comments: