Assalamualaikum Gaisss !!
Ada yang demam ke?
Demam apa? eh tetiba..
Weh sabarlah jangan "mengencang" ko sana.. aku belum habis type lagi ni.. Aku tanya demam Badminton Rio.. sebab aku dah seminggu ni demam badminton.. Lepas Datuk Lee main besok.. moga2 kebahlah demam aku ni.. Demam Emas konon aku ..
When you try your best, but you don't succeed When you get what you want, but not what you need When you feel so tired, but you can't sleep Stuck in reverseWhen the tears come streaming down your face When you lose something you can't replace When you love someone, but it goes to waste Could it be worse?
_Fix You By ColdPlay_
Yelah #GoforGold #Olimpik #Rio2016 #TeamMas ets #heshtag2 ni beterabur kat media sosial sekarang.. kena lagi time #team Mas kita tengah berjuang habis-habisan untuk memungut pingat.
Pergh tajuk kau Tieya .. betul2 tajuk tamak SEO... kuikuikui
Key jum pokus..
Firstly, aku nak ucapkan TAHNIAH yang teramat TAHNIAH kepada jaguh Beregu lelaki negara yang telah memenangi PERAK di Rio.. kemenangan Fuh Hai Feng dan Zhang Nan keatas mereka adalah sukar sebenarnya, apabila duo dari China itu terpaksa bermain di set penentuan iaitu 23-21.. pok aku habaq depa menang tipih jak,, tak tebai mana pun.. weh sejak bila ko pandai cakap utara ni.. ni mesti pengaruh Mat Luthfi dan Reza Dude ni.. mesti ni..
Pada set pertama Malaysia menang 21-16 keatas beregu China. Namun, pada aksi seterusnya Duo CHN yang kurang hensem sikit dari dari Duo MAS bangkit menebus kekalahan di set pertama dan peringkat kumpulan iaitu 21-11 dan 23-21. Weh kenapa ayat2 aku diatas tu bunyinya sangat "KEBERITAAN"? entahla nakk...
Namun apa2 pun aku bangga kat Goh V Shem dan Tan Wee Keong .. bukan senang sebenarnya nak mencapai apa yang telah dorang buat. Weh selepas 20 tahun weh baru ada kilauan perak untuk beregu lelaki. aku ulang selepas 20 tahun.. selepas gandingan Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock meraih Perak di olimpik Barcelona... weii kalau anak dara tu 20 tahun dah boleh kawin dahh.
Sepanjang Shem dan Wee Keong main aku yang sejuk kaki.. degup jantung laju namatey !! serupa orang ambil ecstasy.. hahahha aku takut aku yang tengah nonton tu tetiba rebah gara2 permainan pukul2 bulu ni.. hahahhaha ayat macam apa... eya.. macam aku yang main ... terujanya tu lain macam sikit... kepala panas tetiba keringat.. sampai pak aku tanya "ko da kenapa?.. p tidurr..? aku balas "Chill dad let me finish this first.." hamboy beterabur "skiping London" kau.. ehm speaking... Sori la nak akak x pandai nak speaking sangat.. tapi satu yang aku pasti dan yakin aku AYU, COMEL DAN MANJA ... sapa2 plis bagi smash dua kat admin blog ni plis...
Goh V Shem ..
Fokus nak pukul bola... |
Oke ka kalau aku panggil dia V jak.. Fans V BTS jangan marah yaa.. ni V Malaysia..
yang aku tau V ni berumur 27 tahun sama jugak dengan si Wee Keong.. lahir pada 20 may 1989. sebenarnya nama dia Goh Wei Shem.. Then dia tukar p V Shem untuk tuah.. sebab V tu stand for Victory.. Macam sama dengan Tae Hyung (V BTS ) kan.. Lahir dan besar kat "Keyyel" start main kat BWF World Junior Championships dalam tahun 2007 dengan Ong Jian Guo dan mendapat pingat gangsa. Dan dari situlah dia main sampai dapat Perak kat Olimpik Rio 2016 nii..
Sumber: Galian
Tan Wee Keong
Pergh nampak hebat kau bro!! |
Key ni aku nak panggil apa? Wee jak lah yaa..
Wee ni berumur 27 tahun sama dengan si V jugak. Lahir kat Bukit Gambir Johor tapi pindah kat Tawau masa umur dia 12 tahun kalau aku tak silap. Then dia membesar kat Tawau lah.. Wuii urang Tawau kau ni Geng.. mak dia ada bukak kelab badminton kat Tawau.. ni aku tengok kat Tv 3 . Lahir 21 May 1987 leawat sehari dari V.. What a kebetulan.. maigadd... Dia start partner dengan V pada tahun 2014 di sukan komenwel dan menang EMAS gais!! Pada mulanya dia berlatih untuk beregu campuran tapi pada 2007 dia ditukarkan jadi pemain beregu lelaki. Then Hasilnya? Pemenang Pingat Perak dalam acara beregu Lelaki di Olimpik Rio 2016.
kalau tak silap aku ni peringkat kumpulan. |
Sebenarnya start aku tengok dorang main kat Thomas Cup aku terus kagum pertama kali aku tengok dorang main kat situ lah.. apa lagi dengan pukulan kencang si V.. kalau dia smash bulu tangkis.. bunyi dia sedap di dengar... dan Wee pandai nampak peluang.. Then terus "mata" dia bagi.. walaupun dia banyak buat mistake dari V, pukulan dia padu jugak ni... permainan dorang laju sumpah laju.. Dorang dah pernah kalahkan Fuh Hai Feng Zhang Nan ( peringkat kumpulan ) Lee Young Dae Yoo Yeon Seong (suku akhir) dalam tournament kali ni..
Ni semua pengaruh bapak aku lah.. Beliau kalau dah nonton Badminton.. memang 1 hari tu tempat TV jadi tanah jajahan beliau. kau tanyaklah dia pasal pemain2 badminton .. semua dalam kepala dia.. kau tanyak sapa jurulatih negara ni tu .. tu pun dia tau jugak..
Ucapan aku kat Tan Wee Keong dan Goh V Shem kalau korang baca blog aku laaa :
Ni ja Gambar yang berjaya aku jumpa.. |
"Bro aku bangga tengok korang main sampai final olimpik.. walaupun korang menang medal silver.. bagi aku usaha korang patut dibagi Emas. sumpah bangga gila aku tengok korang main d Final olimpik (k ayat berulang).. usaha korang yang bersungguh2 tu berjaya menyentuh hati kami Malaysian.. betapa berusahanya korang nak melakar sejarah dan menghadiahkan Emas kepada team Malaysia... korang jugak telah berjaya menyatukan semangat rakyat malaysia malam ni dengan menyokong korang... "
Di sebalik kejayaan dorang ada mereka yang berjasa.. iaitu jurulatih dorang Jaremy Gan (lelaki) dan Chin Ein Hui ( perempuan)
weh banyak panjang gila entry aku pagi2 buta ni.. ni penangan kopi masa tengok match la ni...
k aku nak tido supaya aku boleh bersinar2 dengan gemilangnya besok.. bukan tayang muka serupa tapir sebab mengantuk.. hahakahakxx
No comments:
Post a Comment