Tuesday, September 27, 2016

Review Buku Pelukis Jalanan By Teme Abdullah

Assalamualaikum 

hai gais What cha doing?? sihat??

Hari ni gua mau review buku untuk kamu semua.. 
Buku apa?
Baca tajuk di atas.. 
Kamu tau lah tu...

ARKITEK PELUKIS JALANAN hasil tulisan, bebelan, penceritaan TEME ABDULLAH.. best ka? 
Gua mau cakap, kamu yang tidak baca buku ni.. perghhh......... bukan rugi lah, over sangat kau jemah kalau aku nak cakap rugi sapa tak baca buku ni. Tapi terlepas sesuatu yang boleh buat korang berfikir terfikir balik tentang kehidupan korang yang ada sekarang. korang akan bersyukur dengan kehidupan yang korang jalani sekarang. Korang akan tahu ada orang yang lebih susah daripada kita sebenarnya.. 
Cover Belakang.
Cover Depan.

Buku ni sebenarnya cerita tentang bagaimana kehidupan Teme masa dia sambung degree di bumi United Kingdom a.k.a nama pemesnya UK.. aku ni pun selalu jugak p UK.. tapi Ujana Kewangan jak.. merasa jugak aku injak ( pijak ) Uk walaupun hanya Ujana Kewangan. Tepatnya Teme melanjutkan degree nya di sebuah Universiti terkemuka di London. Nama Universitinya tidak dimention pun dalam buku ni.. Ianya menjadi rahasia sama seperti Teme Abdullah jugak yang sangat suka merahsiakan siapa dia, umur berapa, Tinggal mana, muka macam mana, ni geng2 Encik mimpi lah ni.. hahahahahahah Sorry Teme.. 

Buku ni jugak cerita macam mana dia terpaksa mengikat perrut akibat daripada kekeurangan biaya.. Dia sambung belajar di UK tanpa Biasiswa. Macam mana dia berputus asa dalam pelajaran A-Levelnya hinggakan dia hanya tersedar di saat saat akhir pengajian A-levelnya. 2 bulan lagi nak final exam baru dia sedar betapa dia hanyut selama 2 ini. Kekecewaannya saat dia tidak layak mendapat biasiswa akibat daripada keputusan A-Level nya yang hanya tinggal 1 mata sahaja untuk memenuhi syarat biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Ada jugak peristiwa dimana dia dikhianati oleh rakan sekelasnya yang berwarganegara Israel. Dimana dia terpaksa melepaskan ayam gorengnya untuk diberikan kepada seorang jejaka homeless. Dimana dia terpaksa berkerja di kedai kebab untuk menampung kehidupan sehariannya. Terpaksa menumpang di bilik Ahmad. pokoknya dimana dia betul-betul susah dan hampir berputus asa. 

Dalam buku ini jugak ada menggambarkan bagaimana dia mula bangkit dari kesusahan yang dia hadapi. Ianya bermula dengan lukisan tepi sungai themes. Lukisan pertama yang menjana 15 paun sterling, dimana ianya dibeli oleh seorang bapa kepada seorang anak perempuan yang comel. Bermula dari itu, Teme mula bangkit. Dia mula melukis pemandangan sekeliling London seminggu sekali dan memuat naik lukisannya di Instagram miliknya....

Kalau korang mau tau apa jadi lepas tuu...korang belilah buku Arkitek Pelukis Jalanan karya Teme Abdullah. Tidak rugi punya yeiyyy..

Korang boleh dapatkan di kedai2 buku berdekatan.. Paling pun korang boleh dapat kat Popular, MPH, dengan harga RM 25 bagi semenanjung, Dan RM 28 bagi Sabah Sarawak. Buku ini setebal 215 muka surat berkaitan dengan Pelukis Jalanan. Terbitan Iman Publications.. NI salah 1 buku best seller kat Popular n da cetakan ketiga pun.. Cetakan pertama pada Januari 2016. Ada 1 lagi buku idaman aku, Esc oleh Budak Tomato.. Teme dengan Budak Tomato ni selalu mention2 antara 1 dengan yang lain di Twitter.. 


Quote yang Win dalam buku ni adalah:

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hiddup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku."

" Ia kekal dongeng.. Jika engkau tidak mula berjalan"

"Jika terlihat kecantikan , Ingatlah Penciptanya"

                       _TEME ABDULLAH_

Sebelum Gua baca buku ni gua memang meletakkan harapan tinggi laa dengan buku ni.. Aku tau buku ni akan dapat memikat sanubari aku, cahhh ayat u.. tapi serious.. benda ni bikin aku ketagih untuk membacanya dalam 1 malam jaa.. tanpa henti.. wa salute sama lu Teme.. berjaya buat gua WOW dengan buku ni... Tapi tengok pada komen2 positif dan kat Twitter wa percaya yang buku ni best... Sanggup turun KK tu untuk cari buku ni.. Labuan tiada Popular/MPH even Times pun x da.. kemon lah Popular bukaklah 1 cawangan kat Labuan nii... plisssss.... 

K Gais bessokk gua ada kelas jam 11 soo ciow dulu nak tidooo.... Daaaaaaa

No comments: