Sunday, September 28, 2014

Aku, Korang Dan KPOP...

assalamualaikum.... Anyonghansaeyo chinggu!! ( tetiba speaking korea ) ...

Hari ne entri aku berkaitan dengan KPOP... hah! korang jangan tak tau... Aku ne  KPOP addict okeyyy... jangan menyampah pulak lepas ne.. sebab kebanyakan mereka2 diluar sana menyampah dengan kpop addict ne... HUH ! jelly letew!! hahahah....

okay.. r u reddy ??

perkataan kpop ne mula hot dalam tahun '08/09  la cemtu.. aku pun ingat2 lupa... perkara beratus tahun dahulu la katakan... aku ne Miss vamp kerr hidup lama gilla beratus tahun ... kpop merupakan istilah yang digunakan untuk mereka yang biasanya gila meroyan dengan korean muzik.. kalau drama di sebut kdrama lover.. tapi aku ni taklah gila meroyan... manalah aku pernah meroyan.. aku tegaskan sekali lagi.. walaupun aku ne kpop addict aku bukan meroyan o.k!!

korang sebut lah Bangtan boys a.k.a BTS, c-clown, Beast, shinee, Suju. CNBlue, Block B, Got7, T-Ara, AOA, SNSD, BAP,4minutes, Winner etc.. aku kenal semua tu.. kawan aku lepak tepi parit semua dorang tu... hahaha...........  walaupun banyak cakap semua tu plastic surgery la, muka macam pondan lah, jambulah...  rambutanlah, durian lah.. aku tak peduli.. aku tengok kepada bakat dan muzik dorang.. lantak pi lah dorang buat PS( Plastic Surgery) kew, suntik ke.. waima batu surgery pun aku tak heran.. asal lagu dorang masyuk kat aku.. tapi aku pantang lelaki korea buat muka comel.. aku tak suka!! tapi lepas tu aku suka balek !! ( x tetap pendirian betullah ) eee suka2 aku lah < jelly letew !!

aku suka kalau dorang menari terutama korean namja idol.. ada yang seksi, ada yang hebat sampai kadang2 buat aku menari sama walaupun aku memang tak pandai nak menari.. kalau menari macam orang kejang otot.. aku tetap jugak menari.. anggota badan aku yang paling pandai menari adalah kepala.. bergoyang mengikut irama.... hahaha...

kalau aku .. aku suka sekarang ne kat BTS Muzik, lirik dan tarian dorang...pergh hebat wa cakap sama lu... BAP lagilah Dengan rap Laju giller, CClown lagu dan suara yang memikat Qolbu... korang pulak ??

setiap hari ahad dalam jam 10:30 pagi.. aku memang  akan melekat depan tv tgok kpop... kakak aku dah histeria kat dapur suruh aku masak makanan tengah hari... ada aku kesah??. . banyak siaran kat malaysia ne menyiarkan rancangan tersebut ( skema ayat nampak) hahhaah . contohnya, KBS (392),SBS (393) 8tv dan dulu ada pernah main kat 180 dan TV2 .. semua diatas tu boleh didapati jika anda memasang ASTRO kat rumah.. ( ASTRO kena byar aku.. aku dah promote tadi tu ) ..

kalau drama pulak sekarang aku tengah tengok Good daughter Hanna.. main kat 393 setiap isnin hingga jumaat jam 22;15 - 23:45  malam ulangan ada main jam pagi( aku tak tau bila.. time tu aku kat sekolah Study dengan TEKUN ) katenyer... yang aku selalu lepak tengok petang .. Jam 4:50 - 6:25 petang... masa tulah aku tengok. oleh kerana malam abang aku selalu membuat rampasan kontrol daripada aku.. dan pagi aku pegi sekolah...

OMG sekarang dengan lagu Big Bang Haru2..

kalau korang nak tau.. setiap korean idol ne ada nama peminat dorang sendiri... macam B2uty, Babyz, ARmy, Casiopedia, 4nia, u Got7, Kiss Me, ELF, macam2 lah...

banyak gilla aku merepek malam ne... mesti korang bosan baca tu kan ?? sorrylah yang bukan KPOP ADDICT tu.. nanti aku post lain oKey ... Senyum ( juling ke atas mata)....

korang nak tau.. hari tu baru aku perasan catatan aku ne sku tengok selalu pada jam yang salah.. rupa2nya aku lupa nak ubah setting tarikh dia... kadang2 aku post tengah malam dia tulis situ pagi.. cis !! menjadikan Blog aku tak "singkronice" ( korang faham ka tu <-) betullah...

aku sengaja tulis enri malam ne.. besok internet aku mati... RIP my internet moga kau tenang di alam sana... hahahah... yer la minggu depan aku Ada Trial STPM p3.. nanti korang Rindu giller kat aku ( macam rapat lah konon )

nanti Insha ALLAH di lain hari kita bertemu lagi.. nak tido.. selalu berjaga malam aku kebelakangan, ketepi, kehadapan ini .. aku ada baca.. orang yang selalu stay out of night muka dia akan nampak tua 2 tahun daripada usia sebenrnya... huaaaaa aku nak Baby Face... HOL...

bye Assalamualaikum.. anyong...

No comments: