assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh wahai anak-anak Adam sekalian.... (punya sopan ayat aku)
Esok Raya yeay esok raya !! bukan esok !! tapi hari ne... oke.. aku nak wish "SELAMAT HARI RAYA KORBAN ( QURBAN ) KEPADA ANDA SEMUA" just nak wish kat korang.. Masa hari Raya Aidilfitri hari tu aku lambat Wish kat korang kan..
Pestime raya haji ne aku tak beraya dengan mak dan bapak aku.. hari ne dorang mesti tengah wukuf kat Arafah kan.... moga sempurna haji dorang dan mendapat HAJI yang MABRUR... kerana tiada yang lain orang yang pergi ke TANAH SUCI nak selain HAJIyang MABRUR.... SEDEY WEII~
Okey jom kita tukar topik !!
Trial aku dah habis... pergh lega mak... tinggal tunggu final exam jerr~ lagi.. tinggal beberapa hari lagi ni.. dalam 29 day to go lah dan MUET Test for Speaking aku Hari Khamis (09/10)... so "doa2 kan lah diriku di sepanjang hari2 mu".... hahaks (aku dah pandai nyanyi pulak....#EMRindukanlah....) dan pada masa aku trial tu lah jugak terjadi sesuatu yang sangat gila kat aku... Jeng jeng jeng....
hahahaha.... korang suspen tak ?? aku nak dera korang lah... tunggu aku update blog pada masa akan datang .... babai !!!
aku tak sanggup biaarkan korang tunggu !! "Menunggu sesuatu yang sangat menyukarkan bagi ku .. saat ku harus bersabar dan terus bersabar~ ( and now lagu "i leb you" from Zivillia pulak)
Jiwang pulak aku malam ni.. menulis di tengah malam dan hanya ditemani suara Izat Exist dengan lagu "skodeng dari langsir bilik" .... silap aku juga kerna jatuh cinta~ hahaha suka2 kau jer~ tukar tajuk lagu orang... (suka hati akullah)
Terus ke titik (english kan).... masa aku tengah khusyuk dan tawadduk, penuh konpiden dengan muka hundred persen pokes jawab soalan Bahasa Melayu.... Penolong Kanan kitorang bizi buat kerja tak terduga!! SPOTCHECK!!! sikit punya pucat muka aku.. beliau memang sifu kitorang dalam subjek Pengajian Am.. masa tu memang masa untuk dia masok kelas...
Beliau check bag kitorang yang kitorang letak kat belakang kelas one by one..... and guess what apa beliau jumpa?? henfon o.k.. dalam 4 orang kena cekup telefon masa tu... mallu weh.. akak korang ne salah satu daripadanya... hahahhaah.. peace!! terpaksalah berurusan dengan beliau.. nasib o.k jugak.. kena bagi balek.. kalau tak... takdanya aku update story ne kat korang... dan aku taubat takmau bawak benda berteknologi yang boleh roger2 (call) orang tu pegi sekolah lagi!! never!! mungkin kalau ada keperluan yang mendesak.. macam ada orang hukum mati aku kalau aku tak bawak henfon pegi sekolah ... baru aku bawak...
# PESANA PENAJA : -
PENGAJARAN!! JANGAN BAWAK HENFON KE SEKOLAH YA ADIK2!!!
kojolobak kojolobu tuai padi tigo tangkai~
Kita sebut pasal raya... aku raya haji dengan abang dan akak aku jer~ tahun ne.. askar-askar (nephew) aku tidak ketinggalan jugak.... abang aku 2 orang pegi beraya kat rumah mak mertua dorang... sedey wei !! sunyi raya haji aku tahun nii... semalam pun buat buras kitorang adik beradik jew~ kalau mak ada~ memag mak yang jadi kepten dan kitorang tolong apa yang patut.. aku memang tolong tengok je lah.. aku tak pandai buat.. semalam baru aku study sikit2... hambik kau!! masa mak ada, takmau belajar buat.. hahahha... tadi baru habis buat keropok test gigi.. keropok jintan nama dia.. dibuat menggunakan teknik uli dan gunting kecik2 then goreng kendian masukkan ke mulut > kunyah dan telan... sodap!!
okellah korang mata aku ne dah tetutup tutup manje dah ne!!
Wish me Good Luck 4 Muet examination this Thursday and hopefully I will get band 4 til band 6 only.. not "tepeleot" to band 2 or 1!! okay bye~ ( sudah aku speaking and writing)
*"BELIAU" diatas membawa gelaran mereka yang dihormati... di Sabah Khususnya di tempat aku.. "BELIAU" boleh juga membawa maksud Mak Bapak...
WASSALAM DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~~~
No comments:
Post a Comment