Wednesday, January 14, 2015

Selamat Malam Rohingya ~~

Assalamualaikum korang~

Hari ni aku nak update sikit pasal masyarakat ROHINGYA.. ini kesan daripada tengok maharaja lawak mega minggu yang dorang buat task komedi bermoral… presented by SEPAHTU… masa pembukaan show dorang tu.. Jep ada nyanyi lagu Selamat Malam ROHINGYA sambil berlatarkan petikan gitar Shuib…. Lagu tu terkesan sangat kat aku…

Sooo lets check it out !!!!  sumpah!! Sedih sangat masyarakat ROHINGYA ni !!!!

Etnik ROHINGYA merupakan masyarakat islam Myanmar yang menetap di timur Myanmar iaitu Rakhine…  populasi mereka di Myanmar dianggarkan seramai 800 000 orang. Mereka adalah mangsa ketengangan kaum antara Islam dan Buddha, juga mereka merupakan mangsa penindasan Junta ataupun tentera..  hak hak mereka sebagai manusia seakan akan dinafikan.. menjadi mangsa buruh paksa tanpa gaji adalah salah satu penindasan yang sangat tidak berperikemanusiaan kepada aku. Pencabulan, mangsa rogol dan pembunuhan, serta dinafikan hak kewarganegaraan hanya kerana fizikal yag seakan akan benggali yang merupakan keturunan Bangladesh…. Selain itu, para wanita dan gadis ROHINGYA dirogol secara beramai-ramai oleh Junta Myanmar. Tambahan lagi, sekatan makanan dikenakan keatas mereka sehingga mereka hidup dalam kebuluran…..

Aku terbaca suatu artikel yang mewartakan yang mereka ( orang ROHINGYA ) dipaksa menaiki sebuah bot kemudian dibawa ketengah lautan… dan enjin bot tersebut dirosakkan. Dan mereka ditinggalkan hanyut dibawa arus ombak. Tiadakah secebis sifat kemanusiaan yang ada pada diri pelaku tersebut sehingga sanggup membiarkan manusia yang lainnya menderita sedemikian rupa.. teruk lagi mereka disuruh untuk baring dan para Junta berjalan diatas badan mereka.. tidakkah kejam namanya tu????  Seterusnya kejadian dimana penyembelihan beramai-ramai 100 000 ethnik ROHINGYA.

Akibatnya, mereka menjadi pelarian dinegara2 yang berdekatan.. contohnya Malaysia… Di Malaysia terdapat ramai Pelarian ROHINGYA yang melarikan diri daripada keganasan Junta Myanmar.

Keadaan dunia sekarang semakin menakutkan aku. Peperangan berlaku bagaikan tiada penghujung. Keganasan perang berlaku berleluasa. Syria, Myanmar, Palastin, dan negara2 yang terlibat dengan kancah peperangan yang bagaikan tiada penghujungnya… kita hanya mampu berdoa semoga sahabat2 kita, bukan sahaja masyarakat ROHINGYA, malahan mereka yang dizalimi tanpa penghujung.. semoga mereka diberikan kekuatan yang luar biasa oleh ALLAH SWT dalam menjalani kehidupan yang semakin hilang rasa kemanusiaan di sebalik topeng Manusia.

Semua kejadian2 ini membuat aku bersyukur dilahirkan sebagai warganegara Malaysia. Walaupun ada beberapa insiden yang seakan mengganggu gugat negara, namun aku masih bersyukur tinggal di bumi Malaysia yang bertuah ini… aku berharap rakyat Malaysia bijak mengekalkan keamanan yang dinikmati sekarang.. bukan berusaha membawa negara kita kearah kehancuran dan kekacauan..

Mari kita hayati sedikit lagu SELAMAT MALAM ROHINGYA….

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu disisi mayat
Jangan menangis sahabat
kini tuhan mengujimu

Selamat Malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat Malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan engkau terputus talinya

Lagu : Syed Amran
Lirik : Zainal Rasyid Ahmad

assalamualaikummmm ~~~

                                                                                                                       



1 comment:

HAMIDIsP said...

Satu lagi kezaliman yang direstui dunia..