semenjak dua menjak ni aku sering terfikir arah tujuan hidup, yang aku rasakan seakan2 tiada sebarang clue untuk diramal..... tapi aku hanya berfikiran positif, pasti Allah sudah sediakan yang terbaik untuk aku di kemudian hari.... kita hanya merancang tapi Allah yang akan menentukan semua perancangan kita itu.... sering kali aku terfikir tentang kehidupan....
Kehidupan manusia bermula apabila dia dibawa kedunia oleh seorang wanita bergelar ibu setelah berada didalam kandungan selama 9 bulan 10 hari.... Roda kehidupan manusia bermula diawal kelahiran, menjadi kanak-kanak, meniti alam remaja yang penuh cabaran, menempuhi hidup sebagai orang dewasa, dan tua menjengah dan diakhiri dengan kembali kepada sang pencipta yang maha agung. Ada juga di kalangan kita yang tidak sempat meniti alam remaja,dewasa,tua namun sudah dijemput oleh sang pencipta lebih awal... Ingatlah masa lalu itu semakin menjauh, namun sang pencipta dan kematian itu semakin menghampiri kita....
Allah menjadikan kita manusia sebagai khalifah di bumi ini,, Allah tidak melakukan sesuatu itu tanpa sebab.. pasti ada sebab... Pastinya sebab itu merupakan perkara terbaik....
Manusia telah diangkat darjatnya disisi Allah sebagai Makhluk Allah yang mulia berbanding makhluk ciptaannya lainnya.... namun ada segelintir antara kita yang seakan tidak bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah secara percuma....
kehidupan kini semakin mencabar, dari segi ekonomi dan sosial terlihat pelbagai kepincangan yang timbul.... kos sara hidup semakin menghimpit mereka yang tidak berkemampuan, kebejatan sosial golongan muda semakin terserlah... trend ekonomi yang turun naik menjejaskan kestabilan sesuatu perkara.. ada berpendapat ekonomi merupakan ibu segala kebahagiaan dan keselesaan.. ini pendapat mereka yang bertuhankan wang ringgit.. bukan mudah untuk menagkis pendapat ini, ekonomi perlu untuk menjaga kestabilan hidup.. contohnya, sesebuah negara memerlukanperuntukan ekonomi yang banyak untuk menjaga keselamatan negara untuk tujuan pembelian peralatan peperangan.. lihat sahaja Amerika Syarikat.. mereka merupakan negara yang paling banyak memperuntukan bajet untuk perthanan..
keamanan sekarang tidak seperti dahulu, jika dahulu sebuah keamanan mampu bertahan dalam 1 jangka masa yang sangat panjang tanpa ada sebarang kemungkinan untuk berlaku semula peperangan.. namun kini, keamanan seakan sukar untuk wujud terutama dikawasan asia barat..
lihat sahaja kini, berlaku peperangan di Yaman akibat daripada serangan tentera pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi.. yang menjadi mangsa adalah wanita, kanak2 dan warga emas yang tidak mempunyai kudrat... darah merah mengalir dimerata tempat seakan cecair merah pekat itu tidak mempunyai harga... kemuculan kumpulan IS ( Islamic State ) yang kini menjadi musuh dunia, dan pelarian Syiria Di sempadan Turki iaitu Camp Elbeyli semakin bertambah... dan keperitan masyarakat Palestin semakin menghimpit.
aku terkesan dengan semgat kanak2 pelarian di kem Elbeyli yang disediakan oleh kerajaan Turki pimpinan perdana menterinya Endorgan. mereka memulakan kehidupan baharu selepas daripada trauma perang yang berlaku pada 2013. sehingga sekarang Syria menjadi negara paling berbahaya untuk dilawati di dunia... ada yang menyatakan kem tersebuat adalah kem pelarian terbesar di dunia... mereka memulakan sesi pembelajaran yang tertangguh di kem tersebut, memulakan kehidupan dengan keluarga yang terselamat dengan penuh kesederhanaan tetapi gembira walaupun sedikit terkesan dengan kerinduan kepada tanah air yang sedang bergolak..
aku ada membaca kisah yang diceritakan oleh Salahuddin Al-Ayubi kepada tenteranya tentang doa Nabi Muhammad S.A.W . doa baginda supaya umat islam tidak berpecah tidak dimakbulkan. lihat sahaja dunia kini semacam apa.. umat islam tidak bersatu untuk menentang musuh2 yang mendatang... akhirnya umat islam ditindas dan direndahkan oleh musuh2nya... jelaslah bahawa pendapat bersatu teguh bercerai roboh itu tepat.
hadis dibawah ini :
'Amir
bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah
datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani
Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.
Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian
Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah
selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu
bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga
perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan
satu lagi ditolak.
1.
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku
dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah
S.W.T.
2.
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan
dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh
s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3.
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana
pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi
permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
sumber : https://ms-my.facebook.com/notes/kisah-nabi-dan-para-sahabat/allah-swt-menolak-1-doa-dari-3-doa-rasulullah-saw/157507447643739
manusia hidup didunia ini adalh untuk mencari bekalan diakhirat......
tidak semua mereka yang hidup didunia ini beruntung.. ada juga yang merasa keperitan hidup.. oleh itu kita sebagai saudara seislam dan masyarakat yang perihatin hendaklah bersatu dalam membantu mereka yang memerlukan......
oklah sampai sini dulu entry aku hari ni.. ada masa aku buat entry baru... In Sha ALLAH....
yang Kiut..
- Niechitieya-
No comments:
Post a Comment