assalamualaikum guys... hahhax..
malam yang indah untuk menulis sesuatu yang cool, pada malam yang tak cool... panas dowh... global worming ka apa tetengah malam ni.... sunyi seh..bunyi cengkerik atau cicak pun takdak langsung... ni kalau orang bilik sebelah kentut pun.. pasti, sahih, sah2 dengar....
okey malam merangkap pagi ni aku nak share pasal Komik... komik apa? tuuu tengok kat tajuk tuuu.... hah korang dah nampak kan...
so lets rock !!!
aku start kenal komik ni waktu aku form 2.. ada kawan aku, laki sorang ni mention komik ni kat aku... dia cakap best... aku cakap aku nak pinjam.. dia buat pulak slot tangkai jering kat aku.. taknak bagi pinjam... huh pelukik ( kedekut ) !! lama jugaklah aku mengidam komik ni.... nak sangat baca.. time tu aku memang addict sangat dengan komik... tak sedar diri nak PMR time tu.. zaman muda remaja... lama2 aku lupa jugaklah komik ni..
Tajuk slot kat bawah ni : Aku korang & Under 18
sudenly, time aku lower 6 ada sorang laki ni jugak.. kitorang borak panjang jgaklah.. kan kitorang sama kelas time form 4 & 5 so.. takda slot suai kenal antara aku dan dia masa aku Lower 6 hari tu.. dah kenal 2 tahun so memang kenal rrrr.... aku pun lupa dari mana timbul topik Under 18 ni... lupa dowhh.. cerita 2013 tuu... so lupa.. soryy REM otak aku kecik sikit.. nanti kita beli besar sikit eh... tapi setting tu aku ingat.. kat kelas kitorang yang kat cerukpendalaman sekolah masa bulan puasa.. aku ingat lagi... aku dapat baca komik under 18 ni masa bulan puasa tahun 2013... sedey kan.. dah lama muncul komik ni baru aku dapat baca... benda ni keluar dalam tahun 2001 aku rasa.... tapi cerita ni memang bes dowh... benda ni karya Zint.. sorang pennulis dan pelukis komik yang tak asing kat negara kita ni... sekang umur dia dalam 49... idea2 dia gempak wehhh... banyak komik dia yang meletuop selain dari Under 18 ni... antara yang aku penah baca ELI, Bodyguard.com, Go Go cha cha Street... sumpah lawak dan best gila2..... korang baca r.. gerenti berbaloi korang beli...
FYI under 18 ni ada beberapa generasi dan watak berlainan tapi ada kesinambungan... contoh dia under 18 ( Siv, Aken, Ed, Danish, Caley, Elicia)ada 4 siri semuanya....under 18elite zaman selepas siv dan aken habis sekolah.... under 18 elite ( Fox, Jime, Cody a.k.a Carry)
okey done Pengenalan... kita masuk kat dunia Under 18....

hah ini komik pertama dari 4 siri under 18 yang aku baca sampai nak teburai ketawa aku dalam kelas.... penat kutip weih kalau teburai.. hilang ayyue aku... dalam cerita ni Siv baru masuk sekolah dimana ada aken, ad, caley, .... masuk jak babak pertama lucu habis... siv muncul bergaya dengan latar belakangasap..... yang sebenarnya kentut dia.. siv masuk kelas yang sama dengan Aken, 1st tu dorang memang tak ngam antara 1 dengan yang lain atas sebab, siv rempuh aken masa dia nak selamatka caley dari diusha dengan budak pembuli sekolah dorang tuu,, atas sebab tu dorang hampir gaduh, dan scene2 ganas dalam komik pun muncul... belum sempatpun dorang nak gaduh dorang berdua dah kena serang oleh geng pembuli sekolah, actually dorang nak hajar si Siv sebab ambil makanan diorang, but si aken pun involve dalam pergaduhan ni... dalam dorang tak sedar dalam dorang langsaikan geng2 pembuli sekolah tu, dorang diperhatikan oleh AD yang merupakan ketua kelab kaunseling sekolah, dia nak aken dan siv jadi ahli kelab kaunseling sekolah,, pada mulanya budak bedua tu tak mau.. tapi setelah dorang tahu yang matlamat dorang boleh tercapai melalui AD, dorang pun setuju untuk join KKS ( kelab kaunseling sekolah ), matlamat Siv adalah agar si Ad yang merupakan anak orang kaya tuu boleh support belikan dia PSP, sebab dia pemain tegar PSP, manakala Aken pulak, supaya dia oleh rapat dengan Caley iaitu adik Aken.. dan bermulalah dorang bertiga sebagai ahli KKS.. kes pertama dorang bagi settle pasal Budak Nama Leon.. leon ni.. sukakan alam semula jadi.. baju sekolah pun dia lukis jee kat badan, dia ke sekolah denan hanya pakai seluar pendek SAHAJA, same as dia pegi mana2, dia akan lukis baju dan kasut dia ikut situasi... lucu dowh... kes awek dia jatuh cinta dengan mamat yang nama dia Black Pit, pakar jurusan wanita.. hahahx, muka dia hancus weih !! tapi banyak orang minat... then, kes si Elicia, yang mana dia ni sentiasa bernasib malang, dan atas dari pertolongan KKS dia dapat bagi settle 1/2 daripada masalah dia tu.. malang dia berpindah kat orang yang sentuh dia.... then sebelum siri 1 ni tamat, dorang bagi settle masalah danish yang jadi mangsa buli dan rani yang bapak dia selalu mabuk, asal mabuk jee dia akan jadi Drunken Master macam Jackie Chan...danish dan elicia juga leon ikut serta dalam KKS, dan dorang semuapun berkawan baik.... tamat Under 18 No Fear..
2. Under 18 : Fear No More.

citer dia tak seepik yang pertama, kat sini dorang jumpa Tim, abang Leon yang kerja sebagai penyelamat pantai.. kat sini jugak, Caley mintak Aken belakun jadi BF dia.. sebab ada sorang budak suka kat dia.. dia ak tergamak nak bagi tau budak tu.. sebab dia sangka budak tu ada sakit jantung.. nama budak tu Alan... tapi akhirnya, Alan nasihatkan Caley, jangan bagi lepas Aken, sebab aken seorang yang sangat baik. settle problem tu, muncul pulak konflik, bapak AD nak KKS dibubarkan sebab bagi dia tak da faedah langsung benda tu.. tapi lepas slow talk, bapak dia setuju gak.. tapi , pengetua sekolah dorang pegi bubar KKS, dan markas dorang tu kena bagi kat kelab Bola sepak, dan dorang pindah kat dalam hutan, haha lucu tau tak... haha dalam ni muncul pulak ASH si peminat tegar Dato' Siti... muka ganas badan ada sikspek tapi kipas susah mati Dato' Siti...thendorang bagi settle kes pacik kelab takraw yang hilang memori pasal Takraw.. dan dorang pun latih pakcik ni main takraw.. dan akhirnya pakciktu dapat bermain sepak takraw balik... ending dia tu yang lucuu...
3. Under 18 : Fearless.

stat jak cerita, berita kea pukul budak2 gangster,kes ni dalang dia kembar seiras yang cakap nak selamatkan dunia. dorang buat rules, kalau nak buat jahat kena tanya dorang dulu.. geng ni culik caley, then dia kol aken... aken datang selamtkan caley, dah sah2 dia tu cinta mati kat caley,, mesti dia pegi selamatkan... siv pun tolong selamatkan caley jugak, dia lawan dngan adik, aken lawan dengan abang.. kan kembar ... habis ja dorang selamatkan caley, aken buka penutup kepala yang selama ini dia pakai dan bagi kat Caly untukbersihkan badan dia... dan terserlah parut panjang yang ada kat dahi aken... sebenarnya, parut tu jadi pasal dia nak selamatkan caley dari dibuli oleh bebudak waktu dorang kecik dulu... beberapa hari lepas tu dorang terjumpa dengan Lam, iaitu kawan sepermainan Aken, Lam tu permpuan.. dia merupakan ketua untuk Geng Mataroll. kat sini jugak ada Elicia dan Siv belakon becouple supaya Ash yang tengah frust dengan dato siti tak kejar2 dia lagi... Lam bubarkan geng matarol atas sebab wasiat daripada roxes bekas ketua mataroll yang dah meninggal.. lepas jee bubar geng mataroll tak boleh terima, tapi si siv masuk campur, berlaku pergaduhan, sampai si siv ni diangkat jadi abang long doramg.. hahha... then Lam jumpa dengan Caley, dorang cerita pasal kisah si Aken.. keesokan harinya, si Caley terima Aken jadi Couple dia...
4. Under 18 : End of Fear

tapi kalau korang nak tau,, aku bukan beli yang satu2 macam kat atas ni.. aku beli yang sekali dia kumpul 4 buku dalam 1 buku... nama dia Under 18 : Komplikasi jitu dan ada ruang tambahan kat belakang.. sambungan untuk Under 18 Elit.... yang macam ni aku punya.. sebab aku tak dapat cari yang sebijik2 punya... kecewa tak dapat yang tu.. sebab yang tu aku rasa lagi best.. ada sentimental value.. sebab dah lamaaaa.. tapi nak buat macam mana dah tak jumpa.. angkat benda yang adalah....
okey.. dah nak pagi dah ni.. aku belum tidur dari semalam... okey nanti aku ulas pasal under 18 elite pulak.. k daaaaa bahnyeeeee.. lebiuuuu
p/s ; kenyak pulak.. baru habis sahur niii.. besok nak puasa gantiii... haish!!! =_= banyak pulak tuuuu...
-SW337-
No comments:
Post a Comment