Friday, June 05, 2015

Gempa Ranau dan Puasa....

assalamualaikum guys... hahhax lama aku tak ketuk2 mr keybord aku ni untuk korangszzz yang kiut tuuu... ( huhuks saja nak bagi up korang supaya kerap2 baca entry aku ni)

okey apa topikk terpanas kita hari ni??? nak tulis pasal apa eh???

Pagi tadi kita dikejutkan dengan gempa bumi yang melanda Sabah, khususnya daerah Ranau yang mana tempat yang terjejas paling teruk sehingga membawa kepada pelbagai kemusnahan infrastuktur.. jalan raya, masjid, dan bangunan-bangunan komersial.. gempa ini merupakan gempa bumi yang kuat yang pernah dicatatkan di Sabah. Kejadian ini berlaku pada jam 7:15 pagi waktu Malaysia dengan ukuran 5.9 SR .. Mak aku pernah jugak cakap, waktu tahun 70-an dulu ada jugak gempa bumi yang agak kuat melanda Lahad Datu, tu gempa yang terkuat pernah dicatatkan. Ranau ni merupakan daerah yang menghubungkan pantai barat sabah dengan pantai timur sabah. kalau korang dari Lahad datu, sandakan, Kunak, Tawau ( kalau korang tak ikut jalan alternatif iaitu Kalabakan) korang akan limpas kat pekan ranau ni... Rangkaian jalannya Telupid - Ranau - Pantai Barat. Ranau ni dekat sangat dengan Kundasang.. Kundasang merupakan tempat dimana letaknya Kinabalu Park.. Korang boleh tengok view Kinabalu dari Kundasang ni sambil beli2 sayur... tempat ni macam Cameron Highland la jugak.. sejuk...

Ramai pendaki terperangkap kat atas puncak gunung, kesejukan dan kelaparan, tak boleh turun sebab berlaku runtuhan batu yang menutup jalan., bantuan lambat sebab keadaan cuaca. setakat ni dah 9 mangsa ( waktu entry ni ditulis). berlaku runtuhan bongkah batu dari gunung, Donkeys Eyers peak pun patah sebelah. Donkey ears peak merupakan salah satu daripada 7 puncak gunung yang terdapat di Gunung Kinabalu. antara puncak2 gunung kinabalu ialah :
a) Low's peak
b) St. John's peak
c) Victoria Peak
d) Kakak buruk peak
e) King Edward peak
f) Donkey ears peak
g) Tunku Abdul rahman Peak

baru2 ni tercetus tentang pendaki asing yang menawan gunung kinabalu dalam keadaan bogel di atas puncak gunung. what the job!! lucah weh.. sampai je kat puncak gunung dorang terus buka pakaian.. dengar2 mereka yang sama ni jugak pernah buat hal at Angkor Wat ( sumber Borneo post yang aku jumpa kat tempat orang kenduri tadi)

Korang boleh cikidaut gambar kat bawah ni :
( aku dapat dari Wassap)
Jalan raya kat bahagian Ranau
Petronas Ranau
Jalan Raya yang terbelah
Bank pecah cermin dia gegara gegaran.

Mungkin ini salah satu cara Allah SWT nak tegur kita hambanya... WAllahualam~~~~~

okay dalam lebih kurang 2 minggu lagi umat islam seluruh dunia akan menyambut Ramadhan Tiba Ramadhan tiba,,, marhaban yaa Ramadhan marhaban yaaa Ramadhan...

Ibadah puasa ni setau aku merupakan ibadah yang sangat istimewa iaitu Ibadah yang akan di Nilai sendiri oleh Allah SWT... Special kan korang... dalam bulan Ramadhan ni jugak akan ada 1 malam yang di panggil malam Lailatulqadar yang mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan... malam Lailatulqadar ni hanya Allah SWT sahaja yang tahu... cluenya ialah 10 malam terakhir bulan Ramadhan pada malam2 ganjil [ 21,23,25,27,29 ] malam ni korang menyerahlah dengan sepenuh hati kepada Allah SWT pemilik alam semesta.. insha Allah aku pun nak malam 1000 bulan ni.... sapa taknak kannnnn.... rindu nak terawih ramai2 kat masjid.. sungkai (berbuka) dengan adik beradik... emm Rinduuuu leeee....

Apa2 pun dari aku sekeluarga nak Ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, moga2 ibadah kita ni mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT......

#kalau ada fakta salah korang bolehlah betulkan ek.. 

No comments: